DUCHESS of Sussex, Meghan Markle selamat melahirkan bayi lelaki pada awal pagi Isnin waktu tempatan.
Perkara itu didedahkan menerusi muat naik ke akaun Instagram yang dikongsi suaminya Putera Harry, serta Twitter rasmi keluarga diraja Britain, @RoyalFamily.
Mereka meraikan kelahiran anak pertama tersebut yang beratnya 3.2 kilogram, menurut muat naik tersebut.
Mereka turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang saling berkongsi keterujaan dan sokongan bersama pasangan itu.
Cahaya mata kepada Putera Harry dan isteri, Meghan Markle bakal menjadi ketujuh dalam barisan untuk mewarisi takhta, di belakang Putera Wales, Duke of Cambridge, anak-anaknya - Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis, diikuti oleh Duke of Sussex.
Pasangan tersebut mengumumkan kehamilan anak pertama itu pada 15 Oktober 2018, iaitu hari pertama dalam jelajah diraja di Australia dan New Zealand.
Sesetengah pihak menjangka Meghan telah memilih untuk bersalin di rumah secara peribadi dan tersembunyi daripada perhatian orang ramai di hospital.
Ratu Elizabeth II, iaitu nenek kepada Putera Harry, turut melahirkan kesemua anaknya di rumah manakala Putera William dan isterinya, Kate memilih untuk bersalin di hospital di tengah kota London.
Namun, bayi itu tidak semestinya bakal mendapat gelaran putera atau puteri.
Satu peraturan yang diarahkan oleh Raja George V pada 1917 menghadkan jumlah gelaran diraja yang diberi, lalu mungkin menyebabkan anak Harry dan Meghan itu tidak dikenali sebagai putera atau puteri, dan sebaliknya sebagai ‘Lord’ atau ‘Lady’.
Keputusan itu boleh ditentukan oleh Ratu Elizabeth II, yang mula campur tangan apabila William dan Kate melahirkan anak dan menentukan kesemua anak mereka akan menjadi putera dan puteri.
Nailah Huda
Mon May 06 2019

Pasangan tersebut mengumumkan kehamilan anak pertama itu pada 15 Oktober 2018, iaitu hari pertama dalam jelajah diraja di Australia dan New Zealand.

'Modal RM600,000, jual balik RM20,000'
Setakat ini, lebih 30 gimnasium sekitar Lembah Klang terpaksa ditutup di mana kebanyakan peralatan dilonggokkan di sebuah gudang di Seri Kembangan, Selangor.

Niaga AWANI: Bagaimana kenyataan FOMC,IMF, vaksin pengaruhi pasaran?
Kami membincangkan berkenaan saham Gamestop yang mencatatkan peningkatan hampir 200 peratus dalam dagangan semalam. Terkini Forum Wallstreetbets di Reddit telah ditutup untuk umum dan perlukan jemputan untuk melihat kandungannya. Saksikan rakaman temubual berkenaan.

Niaga AWANI: Saham di pasaran Asia dijangka rendah
Saham di pasaran Asia dibuka rendah dengan pelabur ambil kira kejatuhan pasaran di Amerika. Dalam masa yang sama, pelabur turut perhatikan pengeluar komponen Apple di Asia dan saham Alibaba Group. Ini susulan keputusan sukuan Apple dan laporan WSJ yang ant ingin jadi syarikat kewangan dengan seliaan PBOC.

Jangan jadikan darurat satu isu, bebaskan Malaysia daripada COVID-19 dahulu - Pakar undang-undang
Beliau berkata negara lain seperti New Zealand, Jepun, Australia, Perancis, Finland dan Indonesia turut mengambil langkah sama.

AWANI Pagi: Sindrom terowong carpal: Apakah simptom & rawatan yang ada?
Pergelangan anda selalu sakit dan kebas? Mungkin ini petanda Sindrom Terowong Carpal. Ikuti kupasannya bersama Dr Mohamed Faizal Sikkandar, Pakar Ortopedik UiTM Private Specialist Centre (UPSC) dalam #AWANIpagi #HapusCOVID19 #AWANInews

AWANI Ringkas: Thaipusam dalam norma baharu | CPI 2020: Di mana kedudukan Malaysia?
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887507/2324678731611795704860_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Januari 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Nursyazwani Saiful Sham dan Geegee Ahmad #AWANIpagi 28 Januari 2021. 1) Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam 2) Pemberian 150,000 komputer riba kepada pelajar dipercepatkan bulan depan #AWANIpagi #AWANInews #HapusCOVID19

AWANI Ringkas: PKPD di dua lokasi di Terengganu | Perang EU-Astrazeneca makin tegang

EPL: Aksi pertama Chelsea di bawah Tuchel mengecewakan
Tuchel dilaporkan hanya sempat mengendalikan Chelsea untuk satu sesi latihan.

World Economic Forum | John Kerry ulangi komitmen AS dalam perubahan iklim
Perkembangan sama, Amerika Syarikat kembali menyertai pakatan perubahan iklim, yang dikenali sebagai perjanjian Paris. Utusan khas perubahan iklim Amerika, John Kerry memaklumkan negara itu bukan sahaja meningkatkan usaha mengurangkan pencemaran gas hijau, tetapi juga berhasrat menggalakkan negara lain buat tindakan sama.

Putera William dilapor positif COVID-19, namun dirahsiakan
Istana Kensington masih belum memberi sebarang komen setakat ini.

COVID-19: Putera William, Kate Middleton lancar kempen tangani masalah kesihatan mental
Pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton melancarkan kempen 'Every Mind Matters' bagi membantu orang ramai menangani masalah kesihatan mental ketika penularan COVID-19 ketika ini.

Putera Edward dijadual lawat Malaysia 10 September ini
Kerabat diraja Britain, Putera Edward dijangka tiba di Malaysia pada 10 September ini bagi melakukan lawatan kerja selama dua hari.

Wimbledon: Kekuatan mental pacu kejuaraan paling epik Djokovic
Usia bukan halangan dan Roger Federer adalah sumber ilham Djokovic di atas usahanya pada usia 37 tahun.

Baik pulih kediaman: Putera Harry, Meghan Markle 'berhabis' RM12 juta
Pasangan diraja, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle sekali lagi mencetuskan kemarahan pembayar cukai di Britain, membelanjakan sebanyak 2.4 juta pound (RM12.6 juta) untuk mengubahsuai istana.

Putera Harry dan Meghan Markle sambut kelahiran anak lelaki
Anak pertama kepada Putera Harry dan isteri, Meghan Markle bakal menjadi ketujuh dalam barisan untuk mewarisi takhta.

Comelnya Putera Louis Arthur Charles! Putera Williams, Kate dedah foto anak ketiga
Pasangan diraja Britain, Putera Williams dan Kate Middleton akhirnya berkongsi gambar anak ketiga mereka iaitu Putera Louis Arthur Charles.

Putera Louis, bayi ketiga pasangan diraja Britain, didedahkan
Foto Putera Louis Arthur Charles didedahkan menerusi dokumentari mengenai nendanya, Putera Charles, yang disiarkan BBC pada Khamis.

Meghan Markle langgar protokol lagi!
Meghan Markle telah melanggar protokol diraja ketika menghadiri majlis Young Leader Awards di Buckingham Palace semalam.

Dari orang biasa ke istana: 7 kisah dongeng zaman moden
Paling terbaharu bakal menyertai kisah dongeng zaman moden ini ialah Meghan Markle yang mengahwini Putera Harry pada Sabtu.