awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin adakan lawatan mengejut ke Mariupol di wilayah Donetsk Ukraine

Bernama
Bernama
19/03/2023
09:37 MYT
Putin adakan lawatan mengejut ke Mariupol di wilayah Donetsk Ukraine
Lawatan itu yang pertama oleh Putin ke wilayah Donbas Mariupol yang dikuasai Rusia sejak permulaan perang antara kedua-dua negara pada Februari tahun lepas. - AP
ISTANBUL: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Ahad mengadakan lawatan mengejut ke bandar Mariupol di wilayah Donetsk Ukraine yang berada di bawah kawalan Rusia sejak Mei lalu.
Putin turut meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk tempatan, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kremlin.
Beliau diiringi Timbalan Perdana Menteri Marat Khusnullin.
"Selain itu, Vladimir Putin turut mengadakan mesyuarat di pos arahan operasi ketenteraan khas di Rostov-on-Don dan mendengar taklimat daripada Ketua Staf Am Rusia Valery Gerasimov dan beberapa pemimpin tentera," menurut satu kenyataan.
Lawatan itu yang pertama oleh Putin ke wilayah Donbas Mariupol yang dikuasai Rusia sejak permulaan perang antara kedua-dua negara pada Februari tahun lepas.
Sehari sebelum itu, Putin melawat bandar Sevastopol di Crimea, sempena ulang tahun kesembilan pengilhakan semenanjung itu oleh Moscow, tindakan yang dilihat sebagai haram oleh masyarakat antarabangsa, termasuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#Mariupol
#Donetsk
#Ukraine
#lawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan