awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin beri bayangan untuk kahwin lagi

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2018
07:40 MYT
Putin beri bayangan untuk kahwin lagi
PRESIDEN Vladamir Putin masih mempunyai keinginan untuk berkahwin walaupun usianya sudah mencecah 66 tahun. - Gambar fail
PRESIDEN Rusia, Vladamir Putin memberi bayangan untuk menamatkan zaman duda, tetapi tidak menamakan siapakah wanita yang akan dikahwininya.
Pemimpin dunia berusia 66 tahun itu selama ini dikenali sebagai seorang yang begitu mempertahankan privacy kehidupan beliau dan keluarga.
Jawapan spontan itu keluar dari mulutnya selepas disoal wartawan pada sidang media tahunan yang lebih banyak tertumpu kepada hubungan antarabangsa dan ekonomi.
“Sebagai seseorang yang dihormati, saya mungkin perlu juga melakukan perkara ini pada suatu masa nanti,” kata Putin sambil tersenyum.
Putin bergelar duda pada 2013 selepas bercerai dengan Lyudmila yang dikahwininya pada 1983.
Dua anak perempuan Putin, Katerina dan Maria yang kedua-duanya berusia awal 30-an tidak terlibat dalam gelanggang politik seperti bapa mereka dan sentiasa berusaha untuk tidak menjadi perhatian umum.
Sejak bercerai dengan Lyudmila, banyak khabar angin tersebar mengenai kehidupan peribadi Putin. Akhbar Russia juga pernah melaporkan beliau menjalin hubungan dengan bekas ahli gimnas Olimpik, Alina Kabaeva, namun laporan itu dinafikan oleh Putin.
Pada 2016 pulka, Reuters melaporkan seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan Putin memindahkan pemilikan hartanah kepada kakak dan nenek Alina Kabaeva. - Agensi
Topic Berkaitan
#kahwin
#keluarga
#presiden
#Rusia
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan