awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin mahu hubungan lebih rapat dengan Indonesia pada pertemuan dengan Prabowo

Bernama
Bernama
01/08/2024
22:40 MYT
Putin mahu hubungan lebih rapat dengan Indonesia pada pertemuan dengan Prabowo
Perjanjian perdagangan bebas antara Indonesia dan Kesatuan Ekonomi Eurasia yang diketuai oleh Rusia, yang sedia untuk ditandatangani, memberi harapan untuk pertumbuhan selanjutnya. - Foto REUTERS
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin bertemu presiden terpilih Indonesia Prabowo Subianto di Moscow untuk perbincangan mengenai perluasan hubungan antara kedua-dua negara.
Walaupun sekatan Barat terhadap Rusia, perdagangan antara kedua-dua negara telah meningkat dua kali ganda, kata Putin. Perjanjian perdagangan bebas antara Indonesia dan Kesatuan Ekonomi Eurasia yang diketuai oleh Rusia, yang sedia untuk ditandatangani, memberi harapan untuk pertumbuhan selanjutnya, katanya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut terjemahan itu, Prabowo mengalu-alukan syarikat penerbangan negara itu, Aeroflot merancang penerbangan terus ke pulau percutian Bali, yang popular dalam kalangan warga Rusia.
Beliau juga menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan syarikat nuklear Rusia Rosatom. "Kami telah bercakap tentang modul kecil dan juga tentang reaktor besar," katanya.
Prabowo yang merupakan Menteri pertahanan Indonesia, adalah bekas menantu kepada bekas presiden Suharto, dipilih pada Februari dan dijadualkan memegang jawatan pada Oktober.
Presiden terpilih itu juga bertemu Menteri Pertahanan Rusia Andrey Belousov untuk membincangkan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara, yang sudah menjalankan gerakan dan latihan bersama.
Rusia menjemput Indonesia ke perarakan tentera laut seterusnya di St Petersburg pada Julai tahun depan. Indonesia pula menjangkakan pembabitan syarikat pertahanan Rusia pada pameran senjata pada bulan November.
Presiden Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, yang masih memegang jawatan, merupakan tetamu Putin pada Jun 2022, hanya beberapa bulan selepas bermulanya perang Rusia menentang Ukraine. Rusia merupakan pembekal bijirin penting kepada Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#Prabowo Subianto
#Rusia
#Indonesia
#perdagangan
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan