awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar kecam serangan Israel ke atas Doha, pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa

Agensi
Agensi
09/09/2025
14:10 MYT
Qatar kecam serangan Israel ke atas Doha, pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa
Dr Majed Al Ansari yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut itu menegaskan, Qatar tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan yang mencabul keselamatan dan kedaulatannya. - Reuters
DOHA: Tindakan Israel menyasarkan kediaman yang menempatkan pemimpin-pemimpin Biro Politik Hamas di ibu negara Qatar, Doha, disifatkan sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.
Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Dr Majed Al Ansari yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut itu menegaskan, Qatar tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan yang mencabul keselamatan dan kedaulatannya.
"Kekuatan keselamatan, pertahanan awam dan pihak berkuasa berkaitan sudah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menangani kesan serangan ini serta menjamin keselamatan kawasan dan penduduk sekitar,” katanya dalam platform X, di sini pada Selasa.
Menurut Majed, siasatan sedang dijalankan di peringkat tertinggi dan maklumat lanjut akan diumumkan sebaik sahaja tersedia.
Qatar juga memberi amaran tindakan melulu Israel itu bukan sahaja menggugat kestabilan serantau, malah berpotensi menjejaskan rundingan damai yang sedang diusahakan.
The State of Qatar strongly condemns the cowardly Israeli attack that targeted residential buildings housing several members of the Political Bureau of Hamas in the Qatari capital, Doha. This criminal assault constitutes a blatant violation of all international laws and norms,
— . Dr. Majed Al Ansari (@majedalansari) September 9, 2025
Untuk rekod, Qatar bersama Mesir dan Amerika Syarikat adalah antara negara utama yang sedang menjadi pengantara dalam rundingan antara Hamas dan Israel. Serangan ini dilihat boleh memburukkan lagi rundingan yang sedia terganggu sejak beberapa minggu lalu.
Sementara itu, Menteri Kewangan Israel yang juga tokoh kanan sayap kanan, Bezalel Smotrich, memuji serangan tersebut dan menyifatkannya sebagai 'keputusan yang tepat'.
"Pengganas tidak akan dan tidak pernah memiliki kekebalan daripada tangan panjang Israel di mana-mana sahaja di dunia,” katanya dalam kenyataan di media sosial.
Insiden berprofil tinggi ini turut menimbulkan persoalan besar terhadap keselamatan diplomatik di Doha serta masa depan peranan Qatar sebagai perantara utama dalam konflik berkenaan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Doha
#letupan doha
#israel serang qatar
#serangan udara
#Hamas
#Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami