awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar lihat "suasana positif" untuk rundingan gencatan senjata Gaza fasa kedua

Bernama
Bernama
18/02/2025
12:58 MYT
Qatar lihat "suasana positif" untuk rundingan gencatan senjata Gaza fasa kedua
Kementerian Luar Qatar berkata, rundingan itu masih belum bermula dan menyatakan harapan agar ia dapat dimulakan "dalam masa terdekat."
ANKARA: Qatar pada Selasa melaporkan adanya "suasana positif" untuk memulakan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza antara Israel dan Hamas, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Terdapat suasana positif yang mungkin mendorong permulaan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza," kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al-Ansari, dalam sidang media di Doha.
Bagaimanapun, beliau berkata rundingan itu masih belum bermula dan menyatakan harapan agar ia dapat dimulakan "dalam masa terdekat."
Ansari turut menekankan bahawa aliran bantuan kemanusiaan ke Gaza adalah "tidak mencukupi" dan menegaskan bahawa ia "tidak boleh dijadikan sebagai alat tawar-menawar."
Menteri Luar Israel Gideon Sa'ar berkata pada awal Selasa bahawa rundingan fasa kedua perjanjian Gaza akan bermula minggu ini.
Menurut akhbar The Jerusalem Post, Sa'ar menyatakan bahawa Israel akan menuntut "penyahtenteraan sepenuhnya" Semenanjung Gaza.
Fasa pertama perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan Gaza telah berkuat kuasa sejak 19 Jan, menghentikan serangan Israel yang telah mengorbankan hampir 48,300 rakyat Palestin dan memusnahkan wilayah itu.
Di bawah perjanjian itu, 19 tahanan Israel dan lima pekerja Thailand telah dibebaskan sebagai pertukaran dengan 1,135 tahanan Palestin.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lepas terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant, atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangannya ke atas wilayah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Qatar
#Gaza
#gencatan senjata
#rundingan fasa kedua
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan