awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar umum kematian ketiga akibat serangan Israel

Bernama
Bernama
10/09/2025
09:37 MYT
Qatar umum kematian ketiga akibat serangan Israel
Kementerian itu turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan baharu akan diumumkan secepat mungkin. - Gambar/ AP
DOHA: Kementerian Dalam Negeri Qatar mengumumkan bahawa serangan Israel ke atas kawasan kediaman di Doha, yang menempatkan beberapa anggota biro politik Hamas telah mengorbankan Moamen Jawad Hassouna, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Dalam kenyataannya pada Rabu, kementerian itu berkata sebagai sebahagian daripada tindakan susulan berikutan serangan Israel dan selepas kerja lapangan serta pengumpulan bukti oleh pihak berkuasa keselamatan berkaitan, disahkan bahawa Moamen Jawad Hassouna terkorban akibat serangan berkenaan.
Kementerian itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang syahid, mendoakan agar roh mereka dirahmati dan mangsa yang cedera segera sembuh.
Ia menambah bahawa siasatan lapangan dan usaha pengesahan masih dijalankan untuk mengenal pasti baki individu yang masih hilang, menggunakan teknik Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) melalui jabatan khusus, termasuk unit forensik dan maklumat jenayah, makmal forensik, dan pusat pemeriksa perubatan.
Kementerian itu turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan baharu akan diumumkan secepat mungkin.
Terdahulu pada hari ini Kementerian Dalam Negeri juga melaporkan kematian seorang anggota Pasukan Keselamatan Dalaman (Lekhwiya), serta Hammam Khalil Al Hayya, anak ketua biro politik Hamas Khalil Al Hayya, selain beberapa orang awam cedera, susulan serangan Israel ke atas kawasan kediaman yang menempatkan anggota biro politik Hamas.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Qatar
#serangan Israel
#Doha
#Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami