awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas jurutera Samsung didakwa bocor rahsia pembuatan cip DRAM 10nm kepada syarikat China
Lembaran 2026: PM Anwar seru rakyat satukan langkah, tekad jayakan Malaysia MADANI
Malaysia catat inflasi keseluruhan 1.4 peratus, teras 2.2 peratus pada November - BNM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QZ8501: Mahkamah Perancis mulakan siasatan jenayah terhadap nahas

AFP
AFP
31/01/2015
09:00 MYT
QZ8501: Mahkamah Perancis mulakan siasatan jenayah terhadap nahas
Seorang hakim akan menyiasat sama ada wujud unsur -manslaughter- atau -kematian tidak disengajakan- akibat kemalangan yang meragut 162 nyawa itu. - Gambar Fail
Mahkamah Perancis secara rasmi memulakan siasatan jenayah ke atas punca nahas pesawat AirAsia yang terhempas di Laut Jawa bulan lalu dimana ketika itu pembantu juruterbang warganegara itu dikatakan sedang mengemudikan pesawat, seorang sumber pejabat kehakiman memaklumkan pada Jumaat.
Seorang hakim akan menyiasat sama ada wujud unsur “manslaughter” atau “kematian tidak disengajakan” akibat kemalangan yang meragut 162 nyawa itu.
Pesawat QZ8501 terhempas ketika cuaca buruk pada 28 Disember lalu di laut Jawa ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.
Setakat ini sejumlah 72 mayat telah ditemui.
Pada Khamis, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia yang sedang menganalisis kandungan kotak rakaman pesawat, berkata sebelum nahas, pesawat itu terbang pada kepantasan yang tinggi dalam suasana awan tebal sehingga menyebabkan alat penggera mula berbunyi.
Penyiasat juga mendapati pembantu juruterbang warga Perancis, Remi Plesel sedang menerbangkan pesawat Airbus A320-200 itu dan bukannya Kapten Iriyanto, bekas juruterbang pesawat pejuang yang mempunyai catatan rekod penerbangan selama 20,000 jam.
Sementara itu keluarga Plesel di Perancis mengfailkan kes berasingan ke atas syarikat AirAsia Indonesia atas dakwaan “membahayakan nyawa mereka yang lain” dengan alasan tidak mempunyai kebenaran penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada hari nahas.
“Keluarga Remi Plesel melahirkan rasa gembira di atas siasatan jenayah itu yang diharap dapat mendedahkan perkara sebenar,” kata peguam Eddy Arneton.
“Siasatan akan membolehkan kami bertanyakan soalan yang betul.”
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Indonesia
#Perancis
#QZ8501
#Singapore
#Singapura
#Surabaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan