RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman menyeru seluruh masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab dan menghentikan jenayah serta kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.
Dalam ucapan yang disampaikan bagi pihaknya oleh Menteri Media Salman Al-Dosari menjelang Ramadan pada Ahad, Raja Salman berkata, penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin merobek hati baginda.
Raja Salman turut menekankan keperluan koridor kemanusiaan yang selamat.
Dalam masa sama, Raja Salman menzahirkan kesyukuran kepada Allah kerana memberkati kerajaan yang menjaga dua masjid suci serta membenarkan, membangunkan dan melayani jutaan jemaah dan pengunjung.
Raja Salman tidak ketinggalan menzahirkan penghargaan kepada tentera Saudi yang ditempatkan di sempadan, semua anggota tentera dan keselamatan serta kakitangan sektor awam atas dedikasi mereka untuk berkhidmat kepada negara mereka.
Baginda juga berdoa semoga Allah melimpahkan kesejahteraan dan keberkatan kepada umat Islam dan seluruh dunia pada bulan yang mulia ini. - Agensi
Agensi
Sun Mar 10 2024
Raja Salman menyeru seluruh masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab dan menghentikan jenayah serta kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. - Gambar fail
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Raja Arab Saudi gusar Malaysia anjur KL Summit
Raja Salman berpandangan bahawa isu tersebut lebih sesuai untuk dibincangkan di pentas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Ahmad Zahid harap SPRM rungkaikan persepsi RM2.6 bilion segera
Ahmad Zahid sewaktu itu berkata dalam pertemuan itu, wakil keluarga terbabit menjelaskan Malaysia bukan satu-satunya negara yang menerima dana berkenaan.
Tambah kuota haji: Malaysia harap khabar gembira daripada Raja Arab Saudi
Hasrat Malaysia itu dilihat semakin cerah susulan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Salman pada Isnin.