Raja Bahrain raikan Sultan Ibrahim pada Majlis Santapan Negeri di Istana Sakhir

Sultan Ibrahim disambut mesra oleh Raja Bahrain Raja Hamad (depan, kanan) sebaik keberangkatan tiba di Pangkalan Udara Sakhir pada 6 Nov. - fotoBERNAMA
MANAMA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim akan diraikan pada Majlis Santapan Negeri yang dianjurkan oleh Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa di Istana Sakhir malam ini.
Ringkasan AI
- Sultan Ibrahim akan diraikan dalam Majlis Santapan Negeri yang dianjurkan oleh Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa di Istana Sakhir malam ini.
- Majlis akan bermula dengan acara tertutup khusus untuk kerabat diraja pada jam 7.30 malam waktu Malaysia.
- Acara rasmi malam itu termasuk bacaan ayat suci al-Quran, ucapan oleh Raja Hamad dan Sultan Ibrahim, serta disertai oleh beberapa tokoh penting termasuk Menteri Pertahanan dan Duta Besar Malaysia ke Bahrain.
Majlis Santapan Negeri itu turut disertai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin; dan Duta Besar Malaysia ke Bahrain Datuk Shazryll Zahiran.
Acara rasmi pada malam itu merangkumi bacaan ayat suci al-Quran di Bilik Majlis Negara, diikuti ucapan oleh Raja Hamad dan Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim tiba di sini semalam, selepas menyempurnakan lawatan negara empat hari ke Arab Saudi.
Ini adalah lawatan negara keenam Sultan Ibrahim ke luar negara, selepas Singapura, China, Brunei, Russia dan Arab Saudi, sekali gus menjadi detik bersejarah hubungan Malaysia–Bahrain sebagai lawatan diraja pertama sejak 1974.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah acara utama yang berlangsung semasa Majlis Santapan Negeri di Istana Sakhir? A: Acara utama merangkumi bacaan ayat suci al-Quran di Bilik Majlis Negara, diikuti ucapan oleh Raja Hamad dan Sultan Ibrahim.
- Q: Siapakah individu yang mengiringi Sultan Ibrahim dari kerabat Diraja Johor dalam majlis tersebut? A: Sultan Ibrahim diiringi oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj; dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj.
- Q: Berapakah waktu bermulanya majlis tertutup khusus yang diadakan sebelum Majlis Santapan Negeri? A: Majlis tertutup khusus untuk kerabat diraja bermula pada jam 7.30 malam (12.30 tengah malam waktu Malaysia).
- Q: Apakah yang membuat lawatan Sultan Ibrahim ke Bahrain menjadi bersejarah dalam hubungan Malaysia-Bahrain? A: Lawatan Sultan Ibrahim ke Bahrain adalah yang pertama sejak 1974 dan menjadi lawatan diraja pertama dalam sejarah hubungan Malaysia-Bahrain.
- Q: Siapakah beberapa individu penting dari Malaysia yang turut serta dalam Majlis Santapan Negeri di Istana Sakhir? A: Beberapa individu penting dari Malaysia yang turut serta termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin; dan Duta Besar Malaysia ke Bahrain Datuk Shazryll Zahiran.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

