DUNIA
Raja Maghribi titah bantuan kemanusiaan, perubatan dihantar ke Gaza

Raja Mohammed VI selaku Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds bertitah agar bantuan kemanusiaan dan perubatan dihantar kepada rakyat Palestin khususnya penduduk di Gaza. - Gambar fail Reuters
RABAT: Raja Maghribi, Raja Mohammed VI selaku Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds bertitah agar bantuan kemanusiaan dan perubatan dihantar kepada rakyat Palestin khususnya penduduk di Gaza, lapor Agensi Maghreb Arabe Press (MAP).
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi memaklumkan, bantuan berkenaan yang keseluruhannya hampir mencecah 180 tan, merangkumi barangan keperluan asas seperti makanan, susu dan keperluan kanak-kanak, selain ubat-ubatan dan peralatan pembedahan untuk golongan yang paling terkesan.
Ia turut meliputi selimut, khemah yang sesuai serta pelbagai peralatan lain.
Bantuan itu akan dihantar melalui laluan khas bagi memastikan penghantaran segera dan terus kepada para penerima dalam kalangan rakyat Palestin.Usaha itu merupakan sebahagian daripada solidariti Kerajaan Maghribi, serta mencerminkan komitmen berterusan baginda terhadap perjuangan rakyat Palestin dan mempertahankan hak-hak mereka.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami