WASHINGTON: Raja Norway, Raja Harald V, 89, dimasukkan ke hospital di Sepanyol, menurut Istana Norway pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.
"Baginda (Raja Harald V) dimasukkan ke Hospital Universitario Hospiten Sur di Tenerife petang ini," menurut kenyataan pihak istana.
Advertisement
Baginda sedang menerima rawatan akibat jangkitan dan penyahhidratan, selain menambah bahawa keadaan baginda adalah "baik".
Pihak istana turut mengesahkan bahawa doktor peribadi baginda akan berlepas ke Tenerife bagi membantu perkhidmatan kesihatan tempatan.
Raja Harald V dan Permaisuri Sonja kini berada di pulau Sepanyol itu untuk percutian musim sejuk secara peribadi.
-- BERNAMA