RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman telah menyumbang AS$8.1 juta (RM 33.42 juta) untuk aktiviti amal melalui Ehsan Platform, lapor agensi berita negara berkenaan, SPA.

Platform yang baru sahaja dilancarkan itu merupakan portal teknologi bersepadu yang kepada tadbir urus, pengurusan dan kelestarian sumbangan.

Menurut laporan daripada platform tersebut, Raja Salman dilaporkan menyumbang AS$ 5.4 juta (RM22.28 juta) manakala Putera Mahkota Mohammed menyumbang AS$ 2.7 juta (RM11.14 juta).

Pengerusi Saudi Data and Artificial Intelligence Authority, Dr Abdullah Sharaf merakamkan ucapan terima kasih kepada pemimpin Arab Saudi itu atas sumbangan mereka.

Jelasnya, sumbangan itu merupakan petunjuk bahawa pemimpin negara itu memberikan perhatian terhadap rakyatnya dan sanggup mengeluarkan wang untuk kebaikan sebegitu.

Abdullah juga turut menzahirkan penghargaan kepada Putera Mahkota yang menyokong kerja-kerja amal dan menderma kepada non-profit sector.