awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema

Bernama
Bernama
09/12/2024
04:10 MYT
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034. - Gambar Instagram Karim Benzema
JEDDAH: Bintang bola sepak Perancis, Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034™ berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
“Dalam tempoh 10 tahun, saya percaya kerajaan ini akan bersedia untuk Piala Dunia FIFA 2034™.
“Latihan akan bermula dengan pemain-pemain muda, kerana itu adalah perkara paling penting: membina asas kukuh untuk mencapai tahap tertinggi,” kata Benzema semasa lawatannya ke Jeddah.
Semasa lawatan itu, Benzema turut bertemu pemain bola sepak di pusat latihan serantau Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi.
Beliau memuji usaha Arab Saudi sebagai sebuah negara yang menarik untuk diterokai, selain inisiatif sukan yang pelbagai.
Pemain itu turut memuji kemajuan dan lonjakan kualiti yang diperlihatkan dalam sukan itu, di samping menggalakkan orang ramai untuk datang ke Arab Saudi bagi memahami keunikan negara itu secara langsung.
Benzema turut menyuarakan rasa kagum terhadap keramahan rakyat Saudi dan menggambarkan pengalamannya sebagai sesuatu yang luar biasa. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2034
#Arab Saudi
#tuan rumah Piala Dunia
#Karim Benzema
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan