awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi

Bernama
Bernama
10/12/2024
21:00 MYT
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Ketibaan Mohamad di Riyadh pada Selasa disambut di lapangan terbang oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dan wakil dari Kementerian Luar Arab Saudi. - Foto Kementerian Luar Malaysia
RIYADH: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di ibu negara Arab Saudi pada Selasa untuk lawatan rasmi.
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan (4.35 petang waktu Malaysia).
Beliau disambut di lapangan terbang oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah dan wakil dari Kementerian Luar Arab Saudi.
Pada Selasa, Mohamad dijangka menghadiri mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia (SMCC), yang akan dipengerusikan bersama dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan Al-Saud.
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama dan bertindak sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara dalam lapan bidang utama iaitu politik, keselamatan, pertahanan, ketenteraan, perdagangan dan pelaburan, tenaga dan alam sekitar, hal ehwal Islam, pendidikan dan sosiobudaya.
Mohamad juga dijadualkan untuk menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) selepas mesyuarat - satu mengenai Pengecualian Visa untuk Lawatan Jangka Pendek kepada Pemegang Pasport Diplomatik dan Rasmi atau Khas dan satu lagi dalam bidang Pembangunan Sosial.
Pada Khamis, Mohamad juga akan mengadakan perbincangan peringkat tinggi dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfig bin Fazwan Al-Rabiah di Madinah.
Malaysia merupakan rakan dagang terbesar Arab Saudi dalam kalangan Negara Anggota ASEAN dan yang ketujuh terbesar di peringkat global.
Pada 2023, Arab Saudi merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di Timur Tengah, dengan jumlah dagangan bernilai RM50.52 bilion (AS$11.06 bilion).
Bagi lapan bulan pertama 2024, jumlah perdagangan dua hala bernilai RM30.09 bilion (AS$6.43 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#lawatan rasmi
#Arab Saudi
#rakan dagang terbesar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan