awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Australia dinasihat tinggalkan Lubnan selepas letupan peranti maut

Bernama
Bernama
19/09/2024
11:12 MYT
Rakyat Australia dinasihat tinggalkan Lubnan selepas letupan peranti maut
Amaran dikeluarkan selepas sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera apabila alat kelui dan radio mudah alih meletup di Lubnan pada Selasa dan Rabu. - Reuters
CANBERRA: Kerajaan Australia mengulangi amaran kepada rakyatnya supaya tidak pergi ke Lubnan berikutan letupan peranti komunikasi, lapor Xinhua.
Bendahari Jim Chalmers dan Menteri Luar Penny Wong berkata pada Khamis bahawa kerajaan amat bimbang tentang kemungkinan peningkatan konflik yang berterusan di Asia Barat.
"Ini satu lagi peringatan kepada rakyat Australia, jangan pergi ke Lubnan," kata Chalmers kepada pemberita.
Amaran beliau dikeluarkan selepas sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera apabila alat kelui dan radio mudah alih meletup di Lubnan pada Selasa dan Rabu.
Bercakap di radio Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), Wong menyeru semua rakyat Australia di Lubnan meninggalkan negara itu dengan segera.
"Akibat daripada peningkatan konflik serantau sangat besar," katanya.
Perkhidmatan Smartraveller kerajaan mengemas kini nasihat perjalanannya untuk Lubnan pada Rabu, menggalakkan warga Australia di negara itu agar meninggalkan negara itu serta-merta sementara penerbangan komersial masih tersedia.
Ia memberi amaran bahawa keadaan keselamatan di negara itu boleh merosot atau tiada notis dikeluarkan dan lapangan terbang Beirut boleh ditutup.
"Kerajaan Australia mungkin tidak dapat membantu anda dalam keadaan sedemikian."
Australia mengeluarkan nasihat "jangan melancong" ke Lubnan sejak Oktober 2023.
-- BEERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Australia
#lubnan
#nasihat perjalanan
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan