awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek ada pengetahuan, kemahiran dalam pembuatan bahan letupan - Polis
Kes petrol RON95 disyaki tercemar: KPDN Sarawak buka kertas siasatan
Terowong terpanjang di dunia dibuka di Xinjiang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Israel antikerajaan adakan protes, gesa pilihan raya baharu

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2024
23:20 MYT
Rakyat Israel antikerajaan adakan protes, gesa pilihan raya baharu
Orang ramai mengambil bahagian dalam protes menentang Perdana Menteri Banjamin Netanyahu di Baitulmaqdis selain menggesa pilihan raya baharu diadakan. - Foto AP
BAITULMAQDIS: Penunjuk perasaan antikerajaan turun ke jalan di Baitulmaqdis, pada Isnin.
Mereka bertempur dengan polis berhampiran rumah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan menggesa pilihan raya baharu dilaksanakan.
Netanyahu sekali lagi menduduki puncak salah satu gabungan sayap kanan paling ekstrem dalam sejarah Israel.
Ia selepas kerajaan perpaduan zaman perang runtuh seminggu lalu setelah dua bekas jeneral berhaluan tengah, Benny Gantz dan Gadi Eisenkot, meletak jawatan.
Netanyahu kini bergantung kepada rakan ultra-ortodoks dan sayap kanan yang agenda utamanya telah menyebabkan keretakan besar dalam masyarakat Israel walaupun sebelum serangan Hamas pada 7 Oktober.
Demonstrasi yang sering berlaku setiap minggu masih belum mengubah landskap politik dan Netanyahu masih mengawal majoriti yang kukuh di Parlimen.
Berikutan pengunduran Gantz dan Eisenkot, kumpulan pembangkang mengisytiharkan protes jalanan selama seminggu termasuk menyekat lebuh raya dan demonstrasi besar-besaran.
Menjelang matahari terbenam, ribuan orang berkumpul di luar Knesset, Parlimen Israel, sebelum berarak ke rumah persendirian Netanyahu di bandar itu.
Selepas sampai ke rumah Netanyahu, beberapa penunjuk perasaan cuba merempuh sekatan yang dibuat oleh polis.
Malah, unggun api turut dinyalakan di jalan dan polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan demonstrasi.
Topic Berkaitan
#protes
#antikerajaan
#Israel
#Benjamin Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan