awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Korea Selatan ditahan di AS dijangka pulang secara sukarela

Bernama
Bernama
08/09/2025
07:30 MYT
Rakyat Korea Selatan ditahan di AS dijangka pulang secara sukarela
Pekerja kilang diperiksa di kilang kenderaan elektrik Hyundai Motor Group, Khamis, 4 September 2025. -Gambar fail/AP
SEOUL: Pekerja Korea Selatan yang ditahan dalam serbuan imigresen di Amerika Syarikat (AS) dijangka pulang ke tanah air secara sukarela dan bukannya berdepan pengusiran, menurut seorang pegawai kementerian luar pada Isnin, ketika Seoul merancang untuk menghantar penerbangan sewa khas selepas rundingan dengan Washington, lapor Agensi Berita Yonhap.

Ringkasan AI
  • Lebih 300 rakyat Korea Selatan ditahan di pusat tahanan AS selepas serbuan di tapak pembinaan kilang bateri Hyundai-LG, dan dijangka pulang secara sukarela melalui penerbangan sewa khas.
  • Menteri Luar Korea Selatan berunding dengan pegawai AS untuk memuktamadkan pembebasan, dengan pesawat dijangka berlepas seawal Rabu.
  • Kes penahanan ini cetus kejutan di Korea Selatan dan New Zealand, dengan kerjasama antara kedua-dua negara dalam penyediaan bukti dan proses ekstradisi.

Lebih 300 warganegara Korea Selatan kini ditahan di sebuah pusat tahanan di Folkston, Georgia, susulan serbuan pada Khamis lepas di tapak pembinaan kilang bateri kenderaan elektrik yang dikendalikan oleh usaha sama antara Hyundai Motor Group dan LG Energy Solution berhampiran Savannah.
Pejabat presiden Korea Selatan pada Ahad berkata sebuah pesawat sewa khas akan berlepas ke AS untuk membawa mereka pulang selepas menyelesaikan rundingan dengan Washington bagi menangani perkara itu.
Menteri Luar Cho Hyun akan berlepas ke Washington melalui Salt Lake City pada Isnin untuk bertemu pegawai AS bagi "memuktamadkan isu asas dan memastikan tiada isu tidak dijangka timbul dalam proses menjamin pembebasan rakyat kita," kata seorang pegawai kementerian kepada pemberita.
"Kami sedang bekerjasama dengan AS untuk menyelesaikan perkara ini dengan segera bagi memastikan semua rakyat Korea Selatan yang ditahan dapat pulang dengan selamat secepat mungkin," kata pegawai itu.
"Sebaik sahaja prosedur tempatan selesai, rancangan kami adalah untuk membawa mereka pulang pada tarikh paling awal yang boleh."
Pesawat sewa khas itu dijangka berlepas ke AS seawal Rabu ini.
Seoul secara konsisten menggesa Washington untuk memperluas kuota visa bagi pekerja Korea Selatan, tetapi hanya sedikit kemajuan dicapai sebahagian besarnya disebabkan oleh sentimen antiimigresen yang semakin meningkat di AS dan keengganan Kongres AS, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.
Negara-negara seperti Chile, Singapura dan Australia telah memperoleh kuota visa melalui rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan AS pada awal 2000-an.
Sebaik sahaja dibebaskan, rakyat Korea Selatan itu dijangka dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jacksonville di Florida.
Pada Ahad, Presiden AS Donald Trump berkata serbuan dan penahanan rakyat Korea Selatan itu tidak akan menjejaskan hubungan dengan Korea Selatan dan beliau akan meneliti keadaan itu.
Pihak berkuasa AS menahan 475 orang, termasuk kira-kira 300 rakyat Korea Selatan, dalam serbuan Khamis lepas sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap apa yang disifatkan sebagai amalan tempat kerja yang menyalahi undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Donald Trump
#tapak pembinaan kilang bateri
#Hyundai-LG
#pulang secara sukarela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan