KUALA LUMPUR: Lawatan kerja bertukar menjadi detik cemas bagi seorang lelaki Malaysia pada hari pertamanya di Tsim Sha Tsui, Hong Kong yang terkenal dengan kesibukan kota.
Hanya beberapa jam selepas menjejakkan kaki di metropolis itu pada 4 Julai, Ng Shu Lin, 44, telah ditimpa sekeping konkrit yang jatuh dari Bangunan Yau Lai di Jalan Nathan, mengakibatkan kecederaan di kepalanya.
Ng dalam perjalanan untuk menghadiri seminar Taat Ibu Bapa Sedunia ketika kejadian itu berlaku di kawasan yang sibuk dengan pejalan kaki dan bangunan tinggi.
Menurut rakannya, Yap Shy Cuan, 48, lelaki yang dalam lawatan kerja itu sedang berjalan di jalan yang sibuk ketika insiden berlaku.
"Ia adalah insiden yang mengejutkan. Impak itu menyebabkan Ng jatuh ke tanah dan orang ramai segera membantu. Ng telah menjalani dua pembedahan, tetapi masih terdapat serpihan konkrit yang tidak dapat dikesan dan dikeluarkan.
Pembedahan kedua baru sahaja dilakukan semalam (7 Julai). Dia dijangka akan keluar hospital esok," kata Yap kepada Bernama dalam satu temu bual telefon.
Ng, yang kini stabil tetapi masih lemah dan dirawat di Hospital Baptist Hong Kong, merancang untuk berjumpa dengan peguam selepas keluar hospital untuk meneroka pilihan undang-undang berhubung kejadian itu.
Kejadian yang menimpa Ng menarik perhatian media tempatan dan laporan dari tempat kejadian menunjukkan beberapa serpihan konkrit ditemukan di kaki lima, dengan retakan yang kelihatan di bahagian bawah kanopi bangunan itu, walaupun tiada tetulang besi yang terdedah.
Jabatan Bomba menggunakan tangga untuk mengeluarkan kepingan konkrit lain yang longgar dan berisiko jatuh dari Bangunan Yau Lai, yang telah diduduki sejak 1963 dan kini berusia 61 tahun.
Menurut Jabatan Bangunan, notis berkanun untuk pemeriksaan wajib bangunan telah dikeluarkan lebih awal untuk kawasan komunal bangunan itu dan pemeriksaan dilakukan mengikut notis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024
Ng dalam perjalanan untuk menghadiri seminar Taat Ibu Bapa Sedunia ketika kejadian itu berlaku di kawasan yang sibuk dengan pejalan kaki dan bangunan tinggi. - Gambar Yap Shy Cuan
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Rakyat Malaysia cedera terkena kepingan konkrit jatuh di Hong Kong
Lawatan kerja bertukar menjadi detik cemas bagi seorang lelaki Malaysia pada hari pertamanya di Tsim Sha Tsui, Hong Kong yang terkenal dengan kesibukan kota.