Skip to main content

Dunia

Rakyat Malaysia disahkan maut dalam insiden bangunan runtuh di Filipina

Rescue workers search for survivors among the debris after a nine-story building under construction collapsed in Balibago, Angeles City, Pampanga, Philippines, May 24, 2026. REUTERS/Noel Celis
Seorang rakyat Malaysia yang terperangkap di sebuah hotel apartmen berhampiran bangunan runtuh di Bandar Angeles, Pampanga, utara Filipina, disahkan meninggal dunia, menurut media tempatan pada Ahad. - Foto REUTERS

MANILA: Seorang rakyat Malaysia yang terperangkap di sebuah hotel apartmen berhampiran bangunan runtuh di Bandar Angeles, Pampanga, utara Filipina, disahkan meninggal dunia, menurut media tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.

Seramai 26 individu berjaya diselamatkan selepas sebuah bangunan sembilan tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh awal Ahad di Bandar Angeles.

Dua puluh empat orang dikeluarkan dari struktur bangunan yang runtuh itu, manakala dua lagi diselamatkan dari hotel apartmen berhampiran yang turut terjejas akibat insiden berkenaan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement