Ringkasan AI
- Rakyat Malaysia merupakan kumpulan pelancong asing terbesar menggunakan Whoosh, menyumbang 43 peratus atau 430,000 penumpang antarabangsa dalam tiga tahun pertama operasi.
- KCIC merekodkan 18.2 juta pergerakan penumpang sejak operasi komersial Whoosh bermula pada 17 Oktober 2023 hingga 16 Oktober 2026.
- Whoosh mengekalkan rekod sifar kemalangan, ketepatan masa 99.4 peratus dan tahap kepuasan pelanggan 95.95 peratus sepanjang tiga tahun pertama.
BANDUNG: Rakyat Malaysia disahkan menjadi kumpulan pelancong asing terbesar menggunakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi pertama Asia Tenggara, Whoosh, dengan menyumbang kira-kira 43 peratus atau 430,000 orang daripada jumlah penumpang antarabangsa sepanjang tiga tahun pertama operasinya.
Pengendali perkhidmatan itu, PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC), memaklumkan Whoosh berjaya menarik lebih satu juta pergerakan penumpang warga asing dalam tempoh tiga tahun pertama sejak dilancarkan.
Pengurus Besar Setiausaha Korporat KCIC, Eva Chairunisa, berkata kehadiran pelancong antarabangsa dalam jumlah besar termasuk dari Malaysia membantu memperkukuh hubungan pelancongan antara Jakarta dan Bandung.
Secara keseluruhan, KCIC merekodkan 18.2 juta pergerakan penumpang sejak operasi komersial rasmi bermula pada 17 Oktober 2023 hingga 16 Oktober 2026.
"Selama tiga tahun terakhir, Whoosh telah menjadi sebahagian daripada pengangkutan masyarakat. Kepercayaan lebih dari 18 juta penumpang menunjukkan bahwa layanan kereta api laju semakin diterima dan dimanfaatkan untuk berbagai keperluan perjalanan di antara Jakarta dan Bandung," katanya kepada portal berita ANTARA.
Sejak mula menawarkan perkhidmatan komersial, kekerapan perjalanan meningkat daripada 14 kepada 62 perjalanan sehari susulan pertumbuhan permintaan.
Jumlah penumpang harian turut meningkat daripada sekitar 9,000 orang kepada rekod lebih 26,000 orang sehari, manakala purata bulanan kini melebihi 500,000 penumpang.
Mengikut pecahan tahunan, Whoosh membawa kira-kira 1.14 juta penumpang bagi tempoh Oktober hingga Disember 2023, meningkat kepada 6.06 juta pada 2024 dan 6.2 juta pada 2025, manakala 4.86 juta penumpang direkodkan bagi tempoh 1 Januari hingga 16 Oktober tahun ini.
Eva berkata perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi itu turut mengekalkan rekod sifar kemalangan sepanjang tiga tahun pertama operasinya, dengan prestasi ketepatan masa mencapai 99.4 peratus serta tahap kepuasan pelanggan sebanyak 95.95 peratus.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan kereta api laju Whoosh dalam tiga tahun pertama operasinya?
A: Kira-kira 430,000 rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan Whoosh dalam tempoh tiga tahun pertama operasinya. - Q: Apakah jumlah keseluruhan pergerakan penumpang yang direkodkan oleh KCIC sejak Whoosh mula beroperasi secara komersial?
A: KCIC merekodkan 18.2 juta pergerakan penumpang sejak operasi komersial Whoosh bermula pada 17 Oktober 2023 hingga 16 Oktober 2026. - Q: Bagaimanakah perkembangan kekerapan perjalanan harian Whoosh sejak mula beroperasi?
A: Kekerapan perjalanan harian Whoosh meningkat daripada 14 kepada 62 perjalanan sehari sejak mula menawarkan perkhidmatan komersial. - Q: Apakah pencapaian keselamatan dan prestasi masa Whoosh sepanjang tiga tahun pertama operasi?
A: Whoosh mengekalkan rekod sifar kemalangan, prestasi ketepatan masa 99.4 peratus, dan tahap kepuasan pelanggan sebanyak 95.95 peratus dalam tiga tahun pertama operasi. - Q: Berapakah jumlah penumpang harian dan bulanan yang dicatatkan oleh Whoosh?
A: Jumlah penumpang harian meningkat daripada sekitar 9,000 kepada lebih 26,000 orang sehari, manakala purata bulanan kini melebihi 500,000 penumpang.