awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Palestin berhimpun di Tebing Barat desak bantuan segera dibenarkan masuk ke Gaza

Bernama
Bernama
04/08/2025
03:30 MYT
Rakyat Palestin berhimpun di Tebing Barat desak bantuan segera dibenarkan masuk ke Gaza
Protes serupa turut diadakan di bandar Nablus, Tubas, Qalqilya, Salfit, Jenin dan Hebron. - Foto X/Quds News Network
GAZA: Ribuan rakyat Palestin mengadakan tunjuk perasaan di beberapa bandar di Tebing Barat pada Ahad bagi membantah serangan ketenteraan Israel di Gaza serta sekatan terhadap kemasukan bantuan kemanusiaan yang mengakibatkan kebuluran dan kekurangan zat makanan secara meluas di wilayah pesisir itu, lapor Xinhua.
Di pusat bandar Ramallah, para penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Al-Manara sambil mengibarkan bendera Palestin dan mempamerkan gambar mangsa kekurangan zat makanan di Gaza.
Timbalan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Fatah, Sabri Saidam dalam ucapannya menegaskan bahawa negara-negara yang memutuskan untuk mengiktiraf Negara Palestin tidak sepatutnya menangguhkan tindakan itu atau mengenakan sebarang syarat.
"Sebungkus tepung atau makanan tidak lebih penting daripada maruah, tanah air, kebebasan dan kemerdekaan rakyat Palestin," katanya.
Sementara itu, ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Wasel Abu Yousef menyeru agar peperangan dihentikan, sekatan ditamatkan, bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk, serta ketabahan dan perjuangan rakyat Palestin terus diperkukuh dalam usaha menuntut kemerdekaan.
Protes serupa turut diadakan di bandar Nablus, Tubas, Qalqilya, Salfit, Jenin dan Hebron.
Dalam perkembangan berkaitan, Pejabat Media yang dikendalikan Hamas melaporkan bahawa lebih 22,000 buah trak yang membawa bantuan kemanusiaan kini disekat di pintu masuk ke Gaza, yang kebanyakannya milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi antarabangsa lain.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#tunjuk perasaan
#Tebing Barat
#Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan