awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Palestin berhimpun di Tebing Barat, tanda solidariti untuk Gaza

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2023
21:30 MYT
Rakyat Palestin berhimpun di Tebing Barat, tanda solidariti untuk Gaza
Demonstrasi itu berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin ketika serbuan pada waktu subuh di utara Tebing Barat yang diduduki.- Foto REUTERS
TEBING BARAT: Ratusan rakyat Palestin pada Jumaat menyertai demonstrasi jalanan, dekat Tebing Barat yang diduduki, yang mana sebahagiannya menyatakan sokongan terhadap Hamas, di tengah-tengah perang Israel ke atas kumpulan pejuang itu yang berpangkalan di Gaza.
Orang ramai melaungkan pelbagai slogan, termasuk 'bebaskan Gaza' dan 'rakyat mahukan Briged Al-Qassam', merujuk kepada sayap bersenjata Hamas.
Dalam pada itu, terdapat individu yang mengibarkan bendera Hamas bersama sepanduk yang mewakili pelbagai gerakan Palestin.
Demonstrasi itu berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin ketika serbuan pada waktu subuh di utara Tebing Barat yang diduduki, dengan anggota Hamas antara yang terkorban.
Keganasan meningkat secara mendadak di Tebing Barat susulan serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.
Menurut pegawai kesihatan, sejak tercetusnya serangan, lebih 100 orang terbunuh manakala lebih 1,900 orang cedera di Tebing Barat, kebanyakannya dalam serbuan oleh tentera Israel atau pertempuran dengan peneroka Israel.
Topic Berkaitan
#Hamas
#Israel
#Palestin
#Tebing Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan