KUALA LUMPUR: Rakyat Palestin di Gaza menyuarakan kekecewaan dengan resolusi yang diluluskan pada Sidang Kemuncak Tergempar Islam-Arab, sebaliknya mereka menggesa dunia Islam mencari jalan penyelesaian yang benar-benar praktikal untuk menamatkan pencerobohan Israel.
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed berkata sama seperti mesyuarat antarabangsa sebelum ini seperti Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB berkaitan rakyat Palestin, sidang kemuncak itu juga tidak mencapai apa yang diharapkan.
"Jika anda tanya kepada mana-mana rakyat Palestin di Gaza, mereka sangat kecewa, amat kecewa dengan resolusi yang dicapai meskipun seperti apa yang saya katakan, ucapan (pemimpin Islam) itu baik, menunjukkan solidariti dan sokongan mereka.
"Bahasa mereka sangat jelas iaitu mengutuk dan menyalahkan Israel tetapi pada hakikatnya, apa yang kami mahukan ialah resolusi yang praktikal," katanya kepada Bernama dari Rafah ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.
Abdullah berkata penduduk Gaza berharap dunia Islam akan mengambil langkah yang benar-benar berkesan untuk menekan Israel dan sekutunya untuk menghentikan serangan dan menarik balik kepungan.
Beliau mahu dunia Arab menghentikan eksport minyak ke Israel dan sekutunya selain memutuskan hubungan diplomatik untuk menekan rejim itu.
"Percayalah, Israel akan menghentikan serangan kerana perkara itu penting untuk Eropah dan Amerika. Arab terutamanya negara Teluk, jika mereka mengambil keputusan untuk menghentikan penjualan minyak untuk sehari sahaja, saya yakin dunia terhenti serta-merta," katanya.
Malah semasa membalas pertanyaan Bernama melalui Whatsapp, beliau berkata bunyi letupan bom kedengaran dari rumahnya sewaktu tentera laut Israel membedil pesisir pantai. Pada masa sama, kereta kebal Israel membanjiri di timur Gaza dan pesawat tentera penceroboh membedil kawasan kediaman.
"Semalam (Sabtu) ketika kami mahu tidur, kapal terbang Israel menyasarkan sebuah rumah di Rafah dan membunuh beberapa penghuninya," katanya sambil menambah, kejadian seperti ini (menghentikan serangan) adalah sebenarnya tuntutan penduduk Gaza kerana pembunuhan berterusan setiap minit.
Abdullah berkata amat mengecewakan apabila bantuan kemanusiaan tertakluk kepada kelulusan Israel sedangkan rejim itu yang menyekat kemasukan bahan api yang sangat diperlukan walaupun sempadan Rafah adalah antara Gaza dan Mesir.
"Kami menyeru Mesir dan dunia Arab untuk mengambil pendirian bersatu menentang Israel dan menyatakan bahawa keputusan itu perlu dibuat oleh dunia Arab dan Islam, kami tetap akan masuk ke Gaza walaupun ditekan oleh Israel dan Amerika Syarikat. Ini sebenarnya apa yang kami harapkan daripada sidang kemuncak itu," katanya.
Sidang kemuncak tergempar bersama pada Sabtu itu, antara lain menggesa Majlis Keselamatan PBB mengambil keputusan yang tegas dan mengikat untuk mengenakan gencatan senjata di Gaza dan mengekang tindakan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa.
Dalam Pernyataan Akhir yang dikeluarkan, sidang kemuncak itu mahu pengepungan ke atas Gaza ditamatkan bagi membolehkan kemasukan segera konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Sementara itu, sukarelawan Palestin Dr Tareq M. Altalmas berkata apa yang diharapkan daripada sidang kemuncak itu ialah pemimpin Islam mengambil langkah dan pendekatan yang lebih berani.
"Jika ada di antara mereka yang benar-benar berani. Pemimpin Islam mesti datang dan masuk ke Gaza. Banyak pemimpin Barat pergi ke Israel tetapi tiada siapa yang berani masuk ke Gaza," katanya.
Tareq yang juga penyelaras Global Peace Mission Malaysia (GPM) berkata penduduk Gaza tidak mengharapkan dunia Islam untuk mengerahkan pasukan tentera ke Gaza tetapi berharap menekan Israel untuk menghentikan serangan dan memudahkan bantuan kemanusiaan masuk tanpa halangan.
Tareq yang kini berada di selatan Semenanjung Gaza berkata beliau dan pasukan sukarelawannya akan tetap terus membantu penduduk Gaza walaupun kehabisan barangan keperluan di pasaran.
"Baru-baru ini kami membantu dengan memberi wang tunai kepada penduduk yang dipindahkan dan mereka cuba mencari jalan untuk membeli sendiri barangan yang diperlukan. Kadangkala mereka akan membeli barangan keperluan mereka daripada orang lain," katanya sambil menambah kini terdapat kira-kira 700,000 orang masih berada di utara Semenanjung Gaza.
Beliau turut menekankan kepentingan membenarkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memasuki kawasan itu memandangkan ribuan rakyat Palestin dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan bangunan akibat serangan udara Israel.
Beliau berkata Pertahanan Awam Gaza sudah lumpuh dan GPM turut membantu dalam usaha SAR menggunakan dua kenderaan pertahanan awam yang di kitar semula.
"Jabatan pertahanan awam di Gaza perlu dipulihkan semula. Kami (GPM) mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan mereka dan saya tahu keadaan mereka," katanya.
Jumlah korban akibat serangan berterusan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt sudah melepasi angka 11,540, termasuk lebih 8,000 wanita dan kanak-kanak manakala 28,200 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed berkata sama seperti mesyuarat antarabangsa sebelum ini sidang kemuncak itu juga tidak mencapai apa yang diharapkan. - Foto Bernama
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Rakyat Palestin alu-alukan waran tangkap ICC ke atas Netanyahu, Gallant
Menurut Hamas, waran untuk pemimpin Israel "langkah penting ke arah keadilan dan boleh membawa kepada pembebasan mangsa secara umum."
UNRWA kecam keputusan Knesset Israel, beri amaran kesan buruk kepada Palestin
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengecam keputusan Israel yang melarang agensi itu beroperasi di negara berkenaan.
Pemimpin PBB bidas tindakan Israel larang UNRWA beroperasi di Palestin
Beberapa negara Eropah memberi reaksi di media sosial selepas Israel meluluskan undang-undang melarang agensi pelarian Palestin PBB, (UNRWA) daripada beroperasi di Israel dan Palestin.
Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera serangan udara Israel di Jabalia, utara Gaza
Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kira-kira 10 rumah di Jabalia, utara Gaza, yang pengepungan bermula 20 hari lepas.
Liga Arab adakan mesyuarat tergempar mengenai Palestin pada Selasa
Liga Arab mengumumkan bahawa satu mesyuarat tergempar akan diadakan pada Selasa di Kaherah.
Pelapor khas PBB kecam kenyataan menteri Jerman mengenai serangan ke atas rakyat Palestin
Pelapor Khas PBB mengenai Palestin, Francesca Albanese mengecam tindakan Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock yang mempertahankan pengeboman Israel.
Ribuan penduduk terperangkap di utara Semenanjung Gaza akibat serangan Israel
Ribuan rakyat Palestin terperangkap di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza susulan serangan berterusan Israel sejak enam hari lalu.
Setahun genosid Gaza: Naratif yang tidak seimbang
Genap setahun konflik Gaza pada Isnin (7 Oktober), kebanyakan media Barat memberi tumpuan kepada serangan berterusan Israel di Gaza dan Lubnan.
Setahun genosid Gaza: Negara Islam perlu cuba hentikan perang terhadap Gaza - Kedutaan Iran
Negara Islam perlu menggunakan kesepakatan dalam menyokong rakyat Palestin sebagai peluang untuk menghentikan perang habis-habisan terhadap Gaza dan genosid oleh Israel, menurut kenyataan dari Kedutaa
Angka kematian di Gaza hampiri 41,600 orang dengan 52 lagi rakyat Palestin terkorban
Lima puluh dua lagi rakyat Palestin maut dalam serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban mencecah 41,586 orang sejak 7 Okt lepas.