awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Arab adakan mesyuarat tergempar mengenai Palestin pada Selasa

Bernama
Bernama
22/10/2024
08:16 MYT
Liga Arab adakan mesyuarat tergempar mengenai Palestin pada Selasa
Mesyuarat tergempar Majlis Liga Arab itu diadakan sebagai tindak balas terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin serta jenayah genosid yang dilakukan oleh Israel. - Gambar fail/AP
KAHERAH: Liga Arab mengumumkan bahawa satu mesyuarat tergempar akan diadakan pada Selasa di peringkat perwakilan tetap, bertempat di ibu pejabat Sekretariat Agung Liga di Kaherah, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, mesyuarat tergempar Majlis Liga Arab itu diadakan sebagai tindak balas terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin serta jenayah genosid yang dilakukan oleh Israel.
Kenyataan itu menggambarkan situasi semasa telah memasuki fasa yang lebih kejam, dengan pencerobohan Israel bertujuan untuk menghapuskan rakyat Palestin melalui pelaksanaan pengusiran paksa, kemusnahan dan kebuluran yang paling dahsyat, terutamanya di utara Semenanjung Gaza.
Tindakan dilihat sebagai sebahagian daripada rancangan sistematik untuk mengosongkan kawasan itu sepenuhnya daripada penduduk Palestin di tengah-tengah ketidakupayaan dan kebisuan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Arab
#kekejaman rejim zionis
#rakyat Palestin
#genosid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan