awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera serangan udara Israel di Jabalia, utara Gaza

Bernama
Bernama
25/10/2024
02:00 MYT
Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera serangan udara Israel di Jabalia, utara Gaza
Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera petang Khamis, dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kira-kira 10 rumah di Jabalia, utara Gaza, yang pengepungan bermula 20 hari lepas. - Gambar fail Reuters
BANDARAYA GAZA: Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera petang Khamis, dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kira-kira 10 rumah di Jabalia, utara Gaza, yang pengepungan bermula 20 hari lepas, lapor Agensi Anadolu.
"Pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan sedang berlaku di Jabalia, dengan lebih 150 syahid dan cedera akibat tembakan Israel. Tiada siapa yang bergerak untuk menyelamatkan mereka," kata perkhidmatan pertahanan awam Gaza dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu menambah bahawa tentera Israel menyasarkan rumah milik keluarga Najjar, Abu Al-Ouf, Salman, Hijazi, Abu Al-Qumsan, Aqel Abu Rashid, Abu Al-Tarabish, Zaqoul, dan Shaalan.
"Pasukan pendudukan (Israel) mengebom seluruh blok kediaman di kawasan itu, dan penduduk menyeru bantuan untuk mengangkut mangsa yang cedera sehingga kini," menurut kenyataan itu.
"Penduduk menghadapi kesulitan besar untuk mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera selepas tentera Israel mengganggu operasi pertahanan awam dan perkhidmatan perubatan di bahagian utara Gaza."
Tentera Israel membuat kepungan di utara kira-kira tiga minggu lepas, menyerang dari udara dan darat, mengepung hospital dan tempat perlindungan pelarian serta mengarahkan penduduk menuju ke selatan. Hospital di kawasan itu sama ada telah berhenti menyediakan perkhidmatan perubatan atau beroperasi dengan amat terhad kerana serangan itu.
Jumlah keseluruhan korban akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas kini menghampiri 43,000 orang. - BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#serangan udara Israel
#rakyat Palestin
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan