awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai tertinggi ATM hadir sekali lagi ke SPRM beri keterangan behubung kes rasuah
xAI rancang bangunkan AI kuasai robot seperti Tesla Optimus
Tiada kompromi kes buli di sekolah, KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Palestin tunggu bantuan kemanusiaan antara 34 maut ditembak tentera Israel

Agensi
Agensi
09/08/2025
23:45 MYT
Rakyat Palestin tunggu bantuan kemanusiaan antara 34 maut ditembak tentera Israel
Penduduk Palestin mengutip bungkusan bantuan kemanusiaan dari Emiriah Arab Bersatu yang dijatuhkan dari udara di Deir al-Balah, Gaza, pada Sabtu. - Gambar AP
GAZA: Agensi pertahanan awam Gaza memaklumkan, sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh akibat tembakan tentera Israel pada Sabtu, termasuk sekumpulan orang awam yang sedang menunggu untuk mendapatkan bantuan.
Jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal berkata, sembilan orang maut dan 181 lagi cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan orang awam berhampiran lintasan sempadan di utara Gaza yang digunakan untuk penghantaran bantuan.
Beliau menambah, enam lagi maut dan 30 cedera apabila tentera Israel menyasarkan orang awam yang berkumpul di sebuah pusat agihan bantuan di tengah Gaza.
Serangan di kawasan tengah Gaza turut mengakibatkan korban jiwa, termasuk serangan dron berhampiran bandar Khan Younis di selatan yang membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan beberapa yang lain.
Sekatan media di Gaza serta kesukaran untuk mengakses kawasan terjejas menyebabkan AFP tidak dapat mengesahkan secara bebas angka korban dan butiran yang diberikan oleh pihak pertahanan awam mahupun tentera Israel.
Setiap hari, ribuan penduduk Palestin berkumpul di lokasi agihan makanan di Gaza, termasuk empat yang diuruskan oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF) – sebuah badan bantuan yang disokong Amerika Syarikat dan Israel.
Namun, sejak operasi GHF bermula pada akhir Mei, ia sering tercemar dengan laporan hampir setiap hari mengenai tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang awam yang sedang menunggu bantuan.
Sekatan Israel terhadap kemasukan bekalan ke Gaza sejak perang bermula hampir dua tahun lalu telah menyebabkan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bahan api – yang penting untuk hospital mengoperasikan penjana elektrik.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kini berdepan tekanan hebat supaya menerima cadangan gencatan senjata demi menyelamatkan lebih dua juta penduduk Gaza daripada kebuluran serta membebaskan tebusan yang ditahan pejuang Palestin.
Namun, awal Jumaat, Kabinet keselamatan Israel meluluskan pelan operasi besar-besaran untuk menawan Gaza City – keputusan yang mencetuskan kecaman global.
Walaupun berdepan tentangan dan khabar angin perbalahan dalaman dalam kalangan pimpinan tertinggi tentera, Netanyahu tetap bertegas.
Dalam kenyataan di media sosial lewat Jumaat, beliau berkata: “Kita tidak akan menduduki Gaza – kita akan membebaskan Gaza daripada Hamas.”
Kumpulan pejuang Hamas, yang melancarkan serangan pada 7 Oktober 2023 sekali gus mencetuskan perang, mengecam rancangan Israel itu sebagai “jenayah perang baharu.”
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas, serangan Israel sejak konflik bermula telah meragut lebih 61,000 nyawa penduduk Palestin – angka yang disahkan sebagai boleh dipercayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 pula mengorbankan 1,219 orang di Israel, menurut kiraan AFP berdasarkan angka rasmi. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel bunuh
#rakyat Palestin maut
#penerima bantuan kemanusiaan
#Gaza Humanitarian Foundation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami