awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Texas diwajibkan menggunakan pelitup muka di tempat awam

Agensi
Agensi
03/07/2020
12:36 MYT
Rakyat Texas diwajibkan menggunakan pelitup muka di tempat awam
Perintah wajib menggunakan pelitup muka berkuat kuasa Jumaat ini dan bagi yang ingkar, denda akan dikenakan sehingga AS$ 250 (RM1,071.88). - Foto AP
Gabenor Texas, Greg Abbott mengarahkan penggunaan pelitup muka di tempat-tempat awam sebagai langkah memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negeri tersebut selepas ia mencatatkan peningkatan mendadak.
Perintah wajib menggunakan pelitup muka berkuat kuasa Jumaat ini dan bagi yang ingkar, denda akan dikenakan sehingga AS$ 250 (RM1,071.88).
Abbott menegaskan pengunaan pelitup muka disahkan langkah yang berkesan bagi memperlahankan penyebaran COVID-19.
"Peningkatan kes ini tidak boleh diteruskan jika kita mahu meneruskan untuk pembukaan semula ekonomi di Texas.
"Selepas memahami data, berkerja dengan para doktor, langkah terbaik untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 adalah dengan strategi penggunaan penutup mulut dan hidung.
"Dan matlamat utama perintah ini adalah untuk memastikan ekonomi di Texas terus dibuka dan pada masa sama melindungi kesihatan rakyat Texas," katanya.
Bagaimanapun, mereka yang mempunyai masalah kesihatan, bersenam di luar rumah dan mereka yang akan mengundi diberikan kelonggaran untuk tidak menggunakan pelitup muka.
Texas kini dalam proses mengundi Pilihan Raya selama sebulan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Gabenor Texas
#Greg Abbott
#pelitup mulut dan hidung
#tempat awam
#Texas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan