BANGKOK: Cuaca panas terik tidak menghalang ribuan rakyat Thailand beratur panjang di pusat-pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mengundi bagi memilih kerajaan yang bakal menerajui pentadbiran negara menjelang pilihan raya umum pada minggu depan.
Hari ini, lebih 2 juta daripada 52 juta rakyat Thailand telah mendaftar untuk mengundi awal.
Pusat mengundi dibuka seawal 8 pagi dan ditutup pada pukul 5 petang (waktu tempatan) hari ini.
Pilihan raya umum kali ini akan memilih 500 ahli Dewan Rakyat.
Di Bangkok, lebih 800,000 pengundi dijangka mengundi pada Ahad.
Pengundi beratur di pusat-pusat mengundi di luar pejabat daerah, pusat membeli-belah, sekolah dan kuil.
Jumlah pengundi awal terbesar ialah di Universiti Ramkhamhaeng dengan 52,000 pengundi diikuti Dewan Paragon Diraja di Pusat Beli-belah Siam Paragon (40,000) dan Pejabat Daerah Huai Kwang (28,000).
Koneetah Yama, yang berasal dari Yala berkata dia teruja melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi buat kali pertama.
Pelajar Universiti Srinakharinwirot itu berharap pilihan raya kali ini akan membentuk kerajaan baharu yang membuka jalan ke arah masa depan lebih baik.
"Saya berharap pilihan raya kali ini akan membawa kepada masa depan yang lebih baik terutamanya dalam bidang pendidikan," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Angkana, 32, yang turut mengundi awal, berharap pilihan raya ini akan membawa kepada penubuhan kerajaan baharu yang akan membawa perubahan yang akan memberi manfaat kepada rakyat.
"Saya berharap (pilihan raya kali ini) akan terbentuknya kerajaan baharu.
"Sudah tiba masanya untuk perubahan, dengan pembentukan kerajaan baharu yang memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi dan mengurangkan kos sara hidup," katanya.
Parti pembangkang Pheu Thai mendahului dalam kebanyakan tinjauan pendapat diikuti oleh Parti Move Forward yang progresif.
Paetongtarn Shinawatra, anak bongsu bekas Perdana Menteri Thaksin, menduduki tempat pertama atau kedua bagi calon perdana menteri dalam kebanyakan tinjauan pendapat.
Selain itu, Pita Limjaroenrat, ketua parti Move Forward juga merupakan seorang lagi pesaing bagi merebut jawatan Perdana Menteri Thailand.
Prayuth Chan o-cha, bekas ketua tentera yang kekal sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum 2019, adalah calon perdana menteri untuk Parti Negara Thai Bersatu (UTN).
Beliau kini berada di tempat ketiga dalam tinjauan pendapat oleh Institut Pentadbiran Pembangunan Negara (Nida) dan keempat dalam tinjauan oleh kumpulan media Nation yang dikeluarkan pada Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Hari ini, lebih 2 juta daripada 52 juta rakyat Thailand telah mendaftar untuk mengundi awal. - Reuters
Pengwujudan dua negara berdaulat satu penyelesaian
Perdana Menteri Jordan, Bisher Hani Al Khaswneh berkata Israel terus melakukan kesilapan dengan menyerang gaza dan berharap untuk mendapat hasil yang berbeza. Beliau turut berkata pengwujudan dua negara berdaulat adalah satu penyelesaian asas yang enggan difahami dan diterima Israel.
PETRONAS dagangan jual 16 bilion liter bahan api, perolehan RM37.55 bilion
Ini laporam yangh baharu kami terima.
PETRONAS Dagangan Bhd mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
PETRONAS Dagangan Bhd mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
Hukuman gantung lelaki bunuh, tidur bersama mayat rakan, diganti penjara 30 tahun
Ini laporan yang baharu kami terima.
Seorang pekerja rencam yang didapati bersalah membunuh rakannya dan tidur bersama mayat mangsa selama empat hari terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini, menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap lelaki itu dengan penjara 30 tahun.
Seorang pekerja rencam yang didapati bersalah membunuh rakannya dan tidur bersama mayat mangsa selama empat hari terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini, menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap lelaki itu dengan penjara 30 tahun.
Kelas terapung atasi masalah sekolah padat
Pelaksanaan kelas terampung di sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dapat membantu mengatasi isu kesesakan pelajar.
MINDEF, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan satu tabung khas ‘Tabung Tragedi Lumut 24’ bagi memudahkan warga ATM serta orang ramai menghulurkan bantuan kewangan kepada waris keluarga mangsa nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 23 April lepas.
Konflik Gaza perlukan kerjasama dunia
Ketegangan konflik Gaza jadi tumpuan hari terakhir WEF di Riyadh, Arab Saudi.
Rampasan 30 kg ganja, lebih 1 tan daun ketum
Polis Perlis menumpaskan kegiatan penyeludupan ganja dan daun ketum dengan merampas 30kg ketulan mampat dadah jenis ganja bernilai RM93,000 dan daun ketum seberat 1.02 tan bernilai RM10,200.
LBS akhiri kempen tawar hadiah RM1.5 juta buat 1,400 pembeli
LBS mengakhiri kempen Fabulous Extra dengan hadiah RM1.5 juta terdiri daripada Perodua Axia, motosikal, set teater rumah dan basikal gunung buat 1,400 pembeli bertuah.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sokongan dana asing, institusi tempatan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.50 mata untuk ditutup kepada 1,582.66 daripada paras penutup 1,575.16 pada Jumaat.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.