awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rambut lekat dalam perut kanak-kanak China

Agensi
Agensi
26/02/2013
23:58 MYT
Rambut lekat dalam perut kanak-kanak China
Tabiat buruk seorang budak perempuan di China yang gemar menelan rambutnya, akhirnya membawa padah.
Ini kerana rambut tersebut membentuk menjadi bebola dan melekat di dalam perut Niu Niu yang berusia 10 tahun.
Dia dikatakan gemar bermain dengan rambutnya sejak berusia tiga tahun.
Biarpun ibu bapanya cuba menghalang tabiat buruk tersebut, namun ia tetap berterusan sehingga Niu Niu memasuki alam persekolahan.
Sejak setahun lalu, Niu Niu sering mengadu sakit perut dan kerap muntah. Selepas dibawa ke hospital doktor mengesan bebola rambut tersebut.
Doktor terpaksa menggunakan kaedah laparoscope untuk mengeluarkan bebola terbabit.
Rambut yang dikeluarkan daripada perut Niu Niu berukuran 23 sentimeter.
Topic Berkaitan
#Niu Niu
#perempuan
#perut
#rambut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan