WASHINGTON: Presiden Niger Mohamed Bazoum dalam op-ed di The Washington Post mendakwa beliau telah dijadikan tebusan oleh tentera yang merampas kuasa dan meminta Amerika Syarikat (AS) dan masyarakat antarabangsa membantu mengembalikan kerajaan berperlembagaan di negara itu, lapor Sputnik.
"Saya menulis ini sebagai orang tebusan. Niger diserang oleh junta tentera yang cuba menggulingkan demokrasi dan saya adalah antara ratusan rakyat yang telah dipenjarakan secara sewenang-wenangnya dan secara haram," kata Bazoum pada Khamis.
Bazoum diguling oleh pengawal presiden pada 26 Julai, dengan perampas kuasa mendakwa mereka bertindak demikian bagi melindungi keselamatan Niger.
Beliau berkata tidak ada justifikasi untuk rampasan kuasa tentera itu dan jika berjaya, ia akan memberi kesan buruk kepada Niger, rantau ini dan seluruh dunia.
Bazoum mendakwa, seluruh wilayah tengah Sahel boleh jatuh ke dalam pengaruh Rusia melalui Kumpulan Wagner.
Awal minggu ini, jurucakap Jabatan Negara Matthew Miller berkata AS belum melihat sebarang tanda bahawa Kumpulan Wagner cuba mengeksploitasi keadaan di Niger.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih John Kirby pada Khamis berkata AS percaya masih ada masa untuk menyelesaikan situasi di Niger secara diplomasi.
Pada Ahad, Komuniti Ekonomi Negara Afrika Barat yang terdiri daripada 15 negara anggota pro-Barat, memberi tempoh seminggu kepada pemimpin rampasan kuasa itu untuk mengembalikan semula presiden ke jawatannya, atau blok itu akan mengambil semua tindakan untuk memulihkan keadaan di sana.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2023
Bazoum diguling oleh pengawal presiden pada 26 Julai, dengan perampas kuasa mendakwa mereka bertindak demikian bagi melindungi keselamatan Niger. - Gambar/ Reuters
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Duta Perancis di Niger 'dijadikan tebusan', kata Presiden Macron
Memandangkan pemimpin Niger tidak membenarkan bekalan segar masuk ke perkarangan kedutaan, duta itu terpaksa makan hanya catuan tentera.
Pihak berkuasa Niger potong bekalan elektrik, air ke Kedutaan Perancis
Pentadbiran tentera Niger memotong bekalan air dan elektrik ke kedutaan Perancis di Niamey, selain tidak membenarkan khidmat penghantaran makanan ke premis berkenaan.
Pasukan ECOWAS siap siaga ke Niger - Sumber rasmi
Pasukan anggota blok Komuniti Ekonomi Negara Afrika Barat (ECOWAS) bersiap siaga ditugaskan ke Niger pada bila-bila masa sebaik sahaja menerima arahan, lapor Xinhua.
Perampas kuasa di Niger sedia berunding
Perampas kuasa di Niger dikatakan bersetuju untuk berunding dengan Komuniti Ekonomi Negara Afrika Barat (ECOWAS), menurut pengantara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Berdepan campur tangan ketenteraan, India minta rakyatnya tinggalkan Niger
Jurucakap kementerian luar Arindam Bagchi berkata 250 warga India yang tinggal di Niger selamat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rampasan kuasa di Niger: Presiden dakwa dijadikan 'tebusan'
Presiden Niger Mohamed Bazoum dalam op-ed di The Washington Post mendakwa beliau telah dijadikan tebusan oleh tentera yang merampas kuasa dan meminta Amerika Syarikat (AS) dan masyarakat antarabangsa
Pergolakan di Niger: Pesawat bawa 87 warga asing mendarat di Itali
Sebuah penerbangan yang membawa keluar berpuluh-puluh warga asing dari Niger mendarat di Rom pada pagi Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Menteri Luar Itali Antonio Tajani.
18 terkorban, ramai terperangkap lombong emas runtuh di Niger
Operasi lombong haram lazim berlaku di Niger, menjadi sumber mata pencarian ribuan orang miskin di negara itu.