Rang Undang-Undang Keretapi Rentas Sempadan telah diluluskan di Parlimen Singapura pada Isnin dalam bacaan ketiga, lapor Channel NewsAsia.
Laporan itu berkata, rang undang-undang itu akan mengawal selia dua rel kereta api Singapura yang akan dibina, iaitu Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang dijangka memulakan perkhidmatan penumpang pada 2026 dan Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Woodlands di Singapura ke Bukit Chagar di Johor Bahru, yang dijangka beroperasi pada 2024.
Ia juga menyediakan rangka kerja pengawalseliaan untuk memastikan operasi keretapi rentas sempadan yang selamat dan terjamin, termasuk pelesenan pengendali untuk menjalankan perkhidmatan kereta api dan menyelenggara aset kereta api, kata laporan itu.
Portal berita tersebut melaporkan bahawa rang undang-undang itu telah dirujuk kepada Jawatankuasa Terpilih untuk bacaan kedua pada November tahun lepas.
Semasa bacaan ketiga rang undang-undang itu hari ini, Menteri Pengangkutan Kedua, Ng Chee Meng dilaporkan berkata, Jawatankuasa Terpilih menerima lima representasi bertulis.
Ia mengandungi pertanyaan dan maklum balas berkaitan dengan peruntukan rang undang-undang tersebut.
Untuk menyokong daya maju komersil kedua-dua projek, jawatankuasa berkenaan mencadangkan pindaan kepada dua klausa dalam rang undang-undang yang "akan membenarkan pemindahan atau penyerahan kontrak dengan kelulusan Menteri Pengangkutan".
"Ia mencetuskan keseimbangan antara pengawasan kerajaan dan daya maju komersial," kata Ng yang dipetik sebagai berkata.
Hasrat asal kedua-dua klausa ini adalah untuk mengelak pengendali aset kereta api dan pengendali kereta api merentas sempadan daripada memindah atau menyerahkan kontrak mereka kepada pihak lain yang tidak dilantik, katanya.
"Bagaimanapun, berdasarkan maklum balas industri serta reprentasi bertulis yang diterima, kami menyatakan bahawa kalusa tersebut dapat menghalang pembiaya swasta dari pemberian pinjaman kepada Syarikat Aset Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura, atau AssetsCo, yang mana tender itu sedang dilaksana. Ini kerana aliran tunai masa hadapan di bawah kontrak AssetsCo tidak boleh digunakan sebagai cagaran," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 19 2018
Paparan skrin portal Channel News Asia yang melaporkan berita tersebut.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Stesen RTS Singapura 10 kali lebih besar berbanding stesen MRT biasa - Menteri Pengangkutan
Stesen itu akan merangkumi bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang membolehkan pelancong diperiksa dan disahkan oleh CIQ Singapura dan Malaysia pada satu hentian.
RTS Link diteruskan, kos 36 peratus lebih rendah
Malaysia, Singapura akhirnya bersetuju untuk meneruskan projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura dengan kos keseluruhan projek ditetapkan kepada RM3.16 bilion
Malaysia terima pelbagai cadangan bagi RTS - Loke
Loke berkata kerajaan menimbang untuk melibatkan sektor swasta dalam projek tersebut, yang menelan kos RM4 bilion dan akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia.
Isu projek RTS: Sultan Johor berkenan serah tanah Bukit Chagar tanpa kos
Baginda Sultan Johor mendakwa tidak dimaklumkan tanah miliknya akan terlibat dalam projek berkenaan.
Sultan Johor perkenan pembinaan jajaran jambatan Projek RTS
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi perkenan terhadap pembinaan jajaran jambatan Projek RTS setinggi 25 meter yang akan merentasi Selat Johor secara lurus menghubungkan Woodlands ke Bukit Chagar.