awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stesen RTS Singapura 10 kali lebih besar berbanding stesen MRT biasa - Menteri Pengangkutan

Bernama
Bernama
24/01/2021
00:32 MYT
Stesen RTS Singapura 10 kali lebih besar berbanding stesen MRT biasa - Menteri Pengangkutan
Majlis itu menandakan permulaan kerja infrastruktur untuk menghubungkan Singapura dan Johor Bahru melalui LRT, yang lebih hampir dengan MRT berkapasiti sederhana. - Facebook Ong Ye Kung
SINGAPURA:Sistem Transit Rapid (RTS) Stesen Woodlands North di Singapura adalah kira-kira 10 kali lebih besar berbanding ukuran biasa stesen Transit Aliran Massa (MRT), kata Menteri Pengangkutan republik itu Ong Ye Kung.
Beliau berkata ini ialah kerana stesen itu akan merangkumi bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang membolehkan pelancong diperiksa dan disahkan oleh CIQ Singapura dan Malaysia pada satu hentian.
Singapura pada Jumaat telah merasmikan Laluan RTS Johor Bahru - Singapura di tapak Woodlands North, tepat dua bulan selepas Malaysia mengadakan majlis pecah tanah di tapak Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin Bukit Chagar pada 22 Nov, 2020.
Ong berkata majlis itu menandakan permulaan kerja infrastruktur untuk menghubungkan Singapura dan Johor Bahru melalui LRT, yang lebih hampir dengan MRT berkapasiti sederhana.
"Ini adalah projek dua hala yang signifikan antara Singapura dan Malaysia, yang akan menguntungkan kedua-dua negara dan membantu meredakan kesesakan di Tambak," kata Ong di laman Facebook rasminya pada Jumaat.
Laluan RTS adalah perkhidmatan ulang-alik kereta api sejauh 4 km antara terminal Singapura di stesen Woodlands North dan terminal Malaysia di stesen Bukit Chagar, Johor Bahru.
Ia mempunyai kapasiti yang luas dan boleh memuatkan sehingga 10,000 penumpang sejam pada setiap arah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ong Ye Kung
#stesen LRT
#MRT
#LRT
#Singapura
#Johor Bahru
#kastam
#Imigresen
#pelancong
#Malaysia
#kereta
#Bukit Chagar
#CIQ
#Menteri Pengangkutan
#kesesakan
#RTS
#kereta api
#Woodlands
#kerja infrastruktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan