awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Elizabeth dinasihatkan berehat selama dua minggu

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2021
20:13 MYT
Ratu Elizabeth dinasihatkan berehat selama dua minggu
Ratu Elizabeth II tidak dibenarkan melakukan kunjungan rasmi termasuk festival peringatan yang bakal berlangsung pada 13 November depan. - Foto fail
LONDON: Selepas dibenar keluar daripada menerima rawatan di hospital, Ratu Elizabeth II dinasihatkan supaya berehat sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu.
Menurut kenyataan rasmi Istana Buckingham, baginda hanya dibenarkan untuk menjalankan tugas ringan termasuk beberapa persidangan secara maya.
Ini bermakna, Ratu Elizabeth II tidak dibenarkan melakukan kunjungan rasmi termasuk festival peringatan yang bakal berlangsung pada 13 November depan.
Bagaimanapun, tetap menjadi hasrat baginda untuk hadir ke upacara penghormatan pada 14 November yang juga menjadi salah satu acara besar kalendar tahunan diraja.
Baginda sebelum ini menerima rawatan oleh pakar hospital swasta King Edward yang terletak di tengah London, pusat perubatan sama mendiang suaminya, Putera Philip menghabiskan masa empat minggu bagi mendapatkan rawatan jantung.
Berikutan saranan untuk berehat, Ratu Elizabeth memutuskan untuk tidak ke Glasgow bagi menghadiri upacara COP26 pada 1 November.
Baginda sebelum ini menyatakan rasa kesalnya dengan pemimpin dunia yang hanya bercakap tentang perubahan iklim, tetapi tidak melakukan apa pun untuk mengatasinya.
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth II
#rehat
#King Edward
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan