DUNIA
Ratusan berhimpun di pelabuhan Greece bantah penghantaran kargo ketenteraan ke Israel

Pekerja pelabuhan dan aktivis pro-Palestin menegaskan mereka tidak mahu pelabuhan Greece terlibat dalam penghantaran peralatan yang boleh digunakan untuk membunuh orang awam Palestin. - Gambar/ Reuters
ATHENS: Ratusan rakyat Greece berhimpun pada Rabu di Pelabuhan Piraeus, antara pelabuhan terbesar di Eropah, bagi menghalang penghantaran keluli gred ketenteraan ke Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
- Ratusan rakyat Greece berhimpun di Pelabuhan Piraeus untuk menghalang penghantaran keluli gred ketenteraan dari India ke Israel, sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin dan bantahan terhadap perang di Gaza.
- Pekerja pelabuhan dan aktivis pro-Palestin menegaskan mereka tidak mahu pelabuhan Greece terlibat dalam penghantaran peralatan yang boleh digunakan untuk membunuh orang awam Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak.
- Israel terus melancarkan serangan besar-besaran di Gaza sejak Oktober 2023, menyebabkan hampir 58,500 kematian, dan kini berdepan tindakan undang-undang antarabangsa termasuk waran tangkap oleh ICC dan kes genosid di ICJ.
"Kami sama sekali tidak mahu negara dan pelabuhan kami terlibat dalam perang ini atau dalam penghantaran peralatan ketenteraan yang akan digunakan dalam peperangan. Kami tidak mahu peralatan ini digunakan terhadap rakyat Palestin yang berjuang untuk menubuhkan negara mereka sendiri, dan kami tidak mahu ia menyebabkan pembunuhan wanita dan kanak-kanak.
"Kami tidak akan mengotorkan tangan kami dengan darah orang yang tidak berdosa," katanya.
Seorang lagi penunjuk perasaan, Katherina, berkata beliau turut hadir bersama ratusan peserta lain untuk menunjukkan solidariti padu terhadap rakyat Palestin.
Beliau menegaskan bahawa muatan kargo itu akan digunakan untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza, dan menuduh Kesatuan Eropah dan Greece bersubahat dalam hal itu.
Tentera Israel, yang menolak gesaan antarabangsa agar melaksanakan gencatan senjata, telah melancarkan serangan besar-besaran di Gaza sejak Oktober 2023, mengorbankan hampir 58,500 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung perang di wilayah itu.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami