JAKARTA: Ratusan minyak masak peket yang ditemukan terapung di perairan Indonesia disebabkan oleh kemalangan kapal kargo pengangkut bahan keperluan asas, menurut Kementerian Perdagangan Indonesia (Kemendag).
Ketua Pengarah Perdagangan Dalam Negeri Syailendra berkata kejadian itu yang melibatkan minyak masak peket berjenama "Fortune" berlaku di wilayah perairan Riau.
"Maklumat dari pengeluar minyak masak, itu kerana kemalangan kapal dan minyak masaknya jatuh ke laut," kata Syailendra seperti dipetik portal berita Detikcom hari ini.
Syailendra turut mengirimkan sebuah video kepada Detikcom mengenai nahas kapal kargo Aneka Maju yang terjadi di Selat Malaka, perairan Riau.
"Itu bukan di Laut Jawa, itu di Riau. Jadi memang kemalangan. Saat ini masih dicek (diperiksa)," katanya.
Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial mengenai penemuan ratusan peket minyak masak terapung di perairan Indonesia dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
Kemalangan kapal kargo sering terjadi di perairan itu disebabkan faktor cuaca dan teknikal.
Pada 5 Mei lepas, empat orang maut apabila sebuah bot laju merempuh bot kayu yang sarat dengan barang keperluan asas di Sungai Piring, Indragiri Hilir, Riau akibat kesukaran melihat kapal lain ketika belayar pada waktu malam.
Pada 10 November 2021, kapal kargo pengangkut bahan keperluan asas tenggelam di Perairan Karimun, Riau disebabkan cuaca ekstrem.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
Kejadian itu yang melibatkan minyak masak peket berjenama "Fortune" berlaku di wilayah perairan Riau. - TikTok / @OhBulan
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
Ratusan peket minyak masak terapung akibat nahas kapal kargo - Kementerian Perdagangan Indonesia
Kejadian itu yang melibatkan minyak masak peket berjenama "Fortune" berlaku di wilayah perairan Riau.