awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reformasikan UNSC, pastikan lebih inklusif - PM Anwar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
19/11/2024
02:15 MYT
Reformasikan UNSC, pastikan lebih inklusif - PM Anwar
Kuasa veto yang dimiliki lima anggota tetap (P5) Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu lebih inklusif, kata Perdana Menteri Anwar. - Gambar Pejabat Perdana Menteri
RIO DE JANEIRO: Kuasa veto yang dimiliki lima anggota tetap (P5) Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu lebih inklusif, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Struktur semasa adalah sangat tidak adil. Perlu ada wakil dari Amerika Latin dan Afrika.
"Kita bercakap tentang reformasi institusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kita bercakap tentang cita-cita, kemanusiaan dan nilai-nilai kemanusiaan.
"Kita bercakap tentang perwakilan. Tiada wakil dari Afrika, tiada wakil dari Amerika Latin, siapa peduli?
"Oleh itu, mereka mesti mempertimbangkan perwakilan demokratik yang mencukupi daripada wilayah Amerika Latin dan Afrika. Sangat tidak adil untuk meneruskan UNSC dengan mengecualikan mereka," katanya pada sesi kedua ‘Reformasi Institusi Tadbir Urus Global’ sempena Sidang Kemuncak G20, di sini, pada Isnin.
Jelas beliau, cadangan berkenaan reformasi PBB telah dibincangkan selama lebih lima dekad.
Lima anggota tetap UNSC, juga dikenali sebagai Big Five atau P5, ialah China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Perdana Menteri berkata, seruan untuk reformasi PBB mesti merangkumi prinsip perwakilan.
Topic Berkaitan
#UNSC
#reformasi UNSC
#Sidang Kemuncak G20
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan