awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Putera Harry bidas Trump: “Pengorbanan tentera NATO di Afghanistan wajar dihormati”
PM Itali mahu calonkan Presiden Trump untuk Hadiah Nobel Keamanan
UPSR tidak akan dikembalikan - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rejab gamit lebih 25 juta pengunjung ke Masjid Nabawi

Bernama
Bernama
23/01/2026
22:00 MYT
Rejab gamit lebih 25 juta pengunjung ke Masjid Nabawi
Menurut statistik rasmi, 1,293,867 individu menunaikan solat di Al-Rawdah Al-Sharifah, manakala 2,590,857 orang melawat makam Nabi dan dua sahabat baginda. - Gambar fail/Bernama
MADINAH: Masjid Nabawi di Madinah menerima 25,074,929 pengunjung pada bulan Rejab 1447 Hijrah tahun ini, disokong oleh sistem perkhidmatan operasi dan organisasi yang komprehensif, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Ringkasan AI
  • Masjid Nabawi di Madinah terima lebih dari 25 juta pengunjung pada bulan Rejab 1447 Hijrah, disokong oleh sistem perkhidmatan yang komprehensif.
  • Pihak Berkuasa Hal Ehwal Dua Masjid Suci cipta suasana kerohanian tenang bagi pengunjung, memastikan pengalaman yang selamat.
  • Kota Madinah catat prestasi pelancongan kedua tertinggi di Arab Saudi, terima lebih 10 juta pengunjung separuh tahun 2025.

Pihak Berkuasa Hal Ehwal Dua Masjid Suci memupuk suasana kerohanian yang tenang, memastikan pengalaman yang lancar dan selamat untuk semua pengunjung.
Menurut statistik rasmi, 1,293,867 individu menunaikan solat di Al-Rawdah Al-Sharifah, manakala 2,590,857 orang melawat makam Nabi dan dua sahabat baginda.
Sementara itu, Kota Madinah mencatat prestasi pelancongan kedua tertinggi di Arab Saudi pada separuh tahun 2025, menerima kedatangan 10,433,982 pengunjung.
Menurut buletin ekonomi Dewan Madinah, wilayah itu hanya di belakang Makkah dalam jumlah pelawat, menyumbang dengan ketara kepada keseluruhan 60.9 juta pelancong domestik dan antarabangsa negara itu.
Kepelbagaian pelawat Madinah termasuk 321,700 pelancong antarabangsa yang menjadikan kota itu sebagai destinasi utama, 6.4 juta pelawat yang singgah di sini sebagai destinasi kedua dan 3.6 juta pelancong domestik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#pelancongan
#Masjid Nabawi
#destinasi utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan