awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKNI] Kementerian Luar percepat usaha pencarian Nadia Kesuma
Perjanjian UMNO dengan DAP demi kepentingan negara, bukan 'sorong tengkuk' - Tok Mat
Makin banyak negara larang akses media sosial untuk kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rel penghadang bangunan runtuh, tujuh pelajar universiti maut

Astro Awani
Astro Awani
03/03/2021
22:22 MYT
Rel penghadang bangunan runtuh, tujuh pelajar universiti maut
Sekurang-kurangya tujuh pelajar universiti maut manakala empat yang lain cedera dalam kejadian rel penghadang runtuh di Universiti Awam El Alto, di Lapaz, Bolivia. -AP
LA PAZ: Sekurang-kurangnya tujuh pelajar universiti maut manakala empat yang lain cedera dalam kejadian rel penghadang runtuh di Universiti Awam El Alto, di Lapaz, Bolivia.
Kejadian tersebut berlaku selepas ratusan pelajar berhimpun di tingkat atas bangunan universiti itu.
Menurut pihak berkuasa, tiga maut di lokasi kejadian sejurus terjatuh dari tingkat atas bangunan.
Manakala empat yang lain meninggal dunia semasa dirawat di hospital.
Mengikut laporan, kesemua mangsa yang maut adalah antara 11 pelajar dilaporkan terjatuh dari tingkat atas bangunan dengan ketinggian 16.7 meter itu.
Video yang tular memaparkan pelajar dalam keadaan panik susulan kejadian itu.
Presiden Bolivia dalam satu kenyataan di media sosial menyatakan bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar di universiti tersebut.
Beliau pada masa sama menggesa agar siasatan terperinci dilakukan.
Topic Berkaitan
#universiti
#Bolivia
#tujuh pelajar universiti maut
#jatuh bangunan
#penghadang runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan