Pihak berkuasa di Timor Tengah Selatan (TTS), Nusa Tenggara Timur memberkas dua lelaki yang didakwa melakukan kekejaman dan memperkosa seorang remaja berusia 13 tahun hingga mangsa lumpuh.
Jurucakapnya, Iptu Jamari berkata kedua-dua suspek dikenali Yohanes Bana dan Yeskiel Tafuli itu ditahan di dua lokasi berasingan di Desan Nelapetu, Kecamatan Noebana dan di Desa Toi, Kecamatan Amanatun Selatan.
Ketika kejadian pada 7 Julai lalu, mangsa AB sedang mencuci pakaian berseorangan di tepi sungai berhampiran rumahnya.
Yohanes datang dari arah belakang mangsa dan melibas parang sebanyak tujuh kali di bahagian leher dan bahunya.
Dia kemudiannya tersungkur dalam keadaan berlumuran darah di tepi sungai itu.
Tidak lama selepas itu, Yeskiel muncul di lokasi kejadian dan memperkosa mangsa dan selepas melampiaskan nafsunya, dia melemparkan tubuh AB ke dalam sungai sebelum melarikan diri.
AB bernasib baik kerana ada penduduk yang melalui sungai itu dan menyelamatkannya.
Mangsa dirawat di sebuah hospital di Kota Kupang.
"Selepas dirawat selama tiga bulan, keadaannya semakin pulih, namun kerana ada urat yang terputus akibat libasan parang telah menyebabkannya lumpuh kedua-dua kaki," jelas Iptu lagi.
Jelasnya, doktor di Kupang menyarankan agar mangsa mendapatkan rawatan susulan di Surabaya.
Tetapi, atas faktor kewangan, dia memilih untuk berubat kampung.
"Pelaku telah ditangkap dan kami masih menyiasat motif mereka," katanya lagi. -Kompas.com
Sinar Harian
Wed Oct 17 2018
Salah seorang pelaku, Yeskiel yang memperkosa dan melemparkan mangsa ke dalam sungai. -Foto Sinar Harian
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Remaja 13 tahun dinoda hingga lumpuh
Ketika kejadian pada 7 Julai lalu, mangsa AB sedang mencuci pakaian berseorangan di tepi sungai berhampiran rumahnya.