Gara-gara permintaannya untuk memiliki sebuah motosikal tidak mampu dipenuhi kedua orang tuanya, seorang remaja nekad membunuh diri.

Itu yang terjadi kepada seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang hanya dikenali sebagai Muhlis.

Menerusi portal MetroTVnews.com, mayatnya dijumpai tergantung di pintu masuk bilik oleh bapanya, Surono, 35 tahun, yang baru pulang mengerjakan sawah di kediaman mereka di Jawa Tengah, Indonesia pada Sabtu.

Surono mengaku Muhlis sebelum ini ada meminta kedua ibu bapanya membelikan sebuah motosikal, namun tidak mampu ditunaikan dan hal itu membuatkannya marah dan tidak ke sekolah selama beberapa hari.

Pada hari kejadian juga, Muhlis memberitahu bapanya dia akan ke sekolah dan Surono sempat memberikan wang saku kepadanya.

Muhlis disahkan mati di klinik berdekatan. Hasil pemeriksaan menunjukkan tiada tanda-tanda kekerasan dan mangsa disahkan meninggal dunia kerana membunuh diri.