awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan dinoda 19 lelaki termasuk gurunya sendiri

Sinar Harian
Sinar Harian
13/07/2018
01:05 MYT
Remaja perempuan dinoda 19 lelaki termasuk gurunya sendiri
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mendakwa dia dirogol berulang kali oleh rakan sekelas dan gurunya dalam kejadian terbaharu yang menggemparkan di utara India, menurut polis, hari ini.
Mangsa dari timur Bihar mendedahkan dia diperkosa beberapa kali oleh 19 individu termasuk tiga guru dalam tempoh enam bulan.
Sub inspektor Anuj Kumar di balai polis Ekma di timur Bihar berkata, mangsa pada asalnya dirogol tiga atau empat remaja lelaki dalam kejadian pertama.
"Selepas rakan sekolah lain mengetahui tentang perkara itu, mereka mengugut untuk mendedahkannya dan bertindak memperkosa remaja terbabit. Mangsa kemudiannya bertindak melaporkan kepada polis pada minggu lalu. Kami sedang menyiasat aduan tersebut," jelasnya.
Setakat ini, polis telah memberkas pengetua, dua guru dan empat pelajar di sekolah itu yang dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut.
"Kami sedang melakukan siasatan lanjut. Kami akan mendapatkan waran daripada mahkamah dan melakukan serbuan untuk memberkas baki suspek lain. Kesemua suspek menafikan mereka terlibat dan melakukan perbuatan tersebut," kata timbalan inspektor di Saran, Vijay Kumar Verma.
April lalu, kerajaan India memperkenalkan undang-undang sementara yang mengenakan hukuman mati ke atas mereka yang memperkosa kanak-kanak dan perogol yang melakukan perbuatan itu secara beramai-ramai.
Statistik kerajaan mendapati hampir 100 serangan seksual berlaku di India pada setiap hari. - Daily Mail
Topic Berkaitan
#Bihar
#dinoda
#dirogol
#India
#rakan sekelas
#Remaja perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan