awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan maut selepas terperangkap dalam lif rosak

Astro Awani
Astro Awani
27/05/2021
04:05 MYT
Remaja perempuan maut selepas terperangkap dalam lif rosak
Sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian yang dikatakan berkait dengan sistem brek lif berkenaan. - Gambar hiasan
SEORANG remaja perempuan maut selepas terperangkap dalam lif rosak di sebuah pangsapuri di China.
Menurut laporan portal berita The Paper pada Rabu, lif berkenaan pada awalnya terhenti di tingkat satu pangsapuri berkenaan.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba, lif tersebut melambung di tingkat 30 iaitu di aras tertinggi pangsapuri berkenaan dan menghentam dinding.
Menurut polis, kejadian berlaku di Zhanjiang pada jam 7.39 malam Ahad lepas.
Kenyataan pejabat industri dan perdagangan berkata, remaja berkenaan terperangkap di dalam lif tersebut ketika ia berhenti di antara tingkat pertama dan tingkat bawah tanah.
Ekoran itu, mangsa menghubungi ahli keluarganya sebelum seorang pekerja penyelenggaraan dihantar ke kawasan residensi Jinhai Bay yang terletak di daerah Chikan itu.
Bagaimanapun, ketika pekerja tersebut mula membuka pintu secara manual, lif tersebut secara tiba-tiba bergerak ke atas dengan laju sehingga menghentam bahagian atas laluan lif tersebut.
Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sebuah hospital berdekatan.
Polis tidak mendedahkan identiti atau umur mangsa dan hanya memberitahu dia bakal menduduki peperiksaan awam minggu depan.
Sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian yang dikatakan berkait dengan sistem brek lif berkenaan.
Topic Berkaitan
#lif rosak
#Remaja perempuan
#maut
#terperangkap
#pangsapuri
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan