GEDONG: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Masyarakat Gedong tepat jam 8.44 pagi.
Abang Jo yang merupakan Pengerusi GPS mengenakan baju berwarna putih dan berseluar biru diiringi ribuan penyokong beserta paluan kompang.
Sementara calon Bebas bagi Dun Gedong, Sahari Pet tiba lebih awal, tepat jam 8.20 pagi.
Pada PRN12, Abang Johari mencatat kemenangan sulungnya di kerusi DUN Gedong selepas meraih 4,310 undi dalam saingan empat penjuru, sekali gus menewaskan tiga calon lain.
Beliau sebelum itu merupakan penyandang kerusi DUN Satok selama lapan penggal sebelum beralih ke Gedong, menggantikan Datuk Mohd Naroden Majais yang sebelum ini mewakili kawasan berkenaan.
Beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memperoleh majoriti selesa dengan 3,607 undi selepas menewaskan Mohamad Sofian Fariz Sharbini daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang memperoleh 703 undi.
Manakala Tomson Ango (Parti Bumi Kenyalang) dengan 157 undi dan Kamal Bujang (Amanah) 94 undi.