awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rempuhan di Festival Krathin di Thailand ragut 9 nyawa, puluhan lagi cedera

Bernama
Bernama
26/11/2023
14:23 MYT
Rempuhan di Festival Krathin di Thailand ragut 9 nyawa, puluhan lagi cedera
Tujuh orang meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua mangsa yang parah meninggal dunia di hospital. - Gambar hiasan
BANGKOK: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila sebuah trak pikap merempuh orang ramai yang menghadiri Festival Krathin di Phrai Bueng, wilayah Si Sa Ket, timur laut Thailand pada Sabtu.
Dalam insiden yang berlaku pada 10.15 malam (waktu tempatan) itu, kira-kira 15 buah motosikal turut rosak akibat dirempuh pikap berkenaan.
Penyiasat Balai Polis Phrai Bueng, Kapten Noppadon Inthong, berkata pemandu berusia 37 tahun itu, hilang kawalan ke atas kenderaannya, merempuh motosikal berhampiran sebuah kuil ketika sebuah filem sedang ditayangkan di tempat terbuka.
Pemandu itu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan di tempat kejadian.
Ujian kandungan alkohol mendapati tahap alkohol suspek melebihi paras yang dibenarkan iaitu 0.24 peratus.
"Trak pikap merempuh motosikal yang diparkir dan orang ramai yang berada di situ. Tujuh orang meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua mangsa yang parah meninggal dunia di hospital.
"Lebih 10 individu cedera dan mereka sedang menerima rawatan di hospital berhampiran," katanya.
Sementara itu, menurut laporan media tempatan pemandu itu hanya cedera ringan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rempuhan
#Thailand
#festival krathin
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan