NARATHIWAT: Seorang anggota renjer maut manakala 10 lagi cedera, termasuk dua orang awam dalam dua letupan bom di sebuah ladang getah di Narathiwat, selatan Thailand.
Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mej Jen Pol Waesamae Salae berkata dalam insiden 6.30 pagi Isnin (waktu tempatan), seorang penoreh getah, 55 tahun, cedera parah dalam letupan pertama di daerah Sungai Padi.
Berikutan kejadian itu, beliau berkata anggota polis, renjer dan skuad pemusnah bom bergegas ke tempat kejadian.
Beliau berkata sebutir bom yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian meletup pada 7.40 pagi (waktu tempatan).
"Berikutan letupan kedua, seorang anggota renjer meninggal dunia di tempat kejadian manakala sembilan lagi cedera, termasuk Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Padi dan seorang orang awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkara semua yang cedera kini menerima rawatan di hospital.
"Skuad pemusnah bom menemui dua butir bom dan ia berjaya dimusnahkan," katanya.
Sementara itu, Komander Tentera Bahagian Ke-4, Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak mengarahkan pihak berkuasa mempergiatkan usaha menjejaki dalang di sebalik letupan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Komander Tentera Bahagian Ke-4, Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak mengarahkan pihak berkuasa mempergiatkan usaha menjejaki dalang di sebalik letupan itu. - Gambar hiasan
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pantau rapat serangan kebakaran di selatan Thailand
Berdasarkan laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas kerana insiden berkenaan.
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.
Rundingan damai selatan Thailand disambung semula
Selepas hampir setahun tergendala, Proses Dialog Damai di Selatan Thailand akan disambung semula bulan depan.
Minyak masak peket subsidi Malaysia dijual RM5 sepeket di Tak Bai
Minyak masak peket bersubsidi dari negara ini didakwa masih dijual di kedai-kedai di tepi sungai Golok di Tak Bai, Thailand.
Air surut, pembersihan rumah terjejas banjir di selatan Thailand bermula
Hujan lebat mengakibatkan banjir di lima wilayah selatan - Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun sejak 22 Disember lalu.
Hampir 70,000 isi rumah terjejas, banjir semakin buruk di wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya enam orang maut dan hampir 70,000 isi rumah terjejas berikutan banjir di lima wilayah di selatan Thailand.
Banjir di selatan Thailand semakin buruk, jejas hampir 20,000 rumah
Hujan lebat cetuskan banjir secara menyeluruh di selatan Thailand, menyebabkan hampir 20,000 isi rumah terpaksa berpindah di lima wilayah.
Selatan Thailand: Ribuan penduduk terjejas akibat banjir
Di Narathiwat seramai 9,558 penduduk terjejas manakala di Yala seramai 139.
14 maut, 35 cedera dalam nahas bas persiaran di selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 35 lagi cedera apabila sebuah bas persiaran terbabas dan melanggar pokok di wilayah Prachuap Khiri Khan, selatan Thailand.
Tujuh polis cedera dalam insiden letupan bom, berbalas tembakan di Tak Bai
Satu letupan bom berlaku di depan sebuah kedai emas, kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempatan).