NARATHIWAT: Seorang renjer maut manakala dua lagi cedera dalam satu insiden berbalas tembakan di Rangae, Narathiwat, selatan Thailand, pada Isnin.
Dalam insiden pada kira-kira pukul 12.45 tengah hari (waktu tempatan), sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah markas renjer di Daerah Rangae.
Pemerintah Tentera Narathiwat, Jen. Chalermphon Khamkhiao berkata ketika kejadian, enam anggota renjer bertugas memeriksa kenderaan di pekarangan markas itu.
"Sekumpulan lelaki bersenjata telah mengepong markas renjer dan mula melepaskan tembakan ke arah anggota renjer yang sedang bertugas.
"Insiden berbalas tembakan antara renjer dan kumpulan penyerang berlanjutan kira-kira 30 minit sebelum kumpulan penyerang beredar dari tempat kejadian.
"Apabila keadaan reda, seorang renjer ditemui maut manakala dua lagi cedera,"katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.
Beliau menambah kata bahawa dua anggota yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Narathiwat Ratchanakarin.
Chalermphon berkata lebih 40 kelongsong peluru bersama senjata jenis AK47 dan MA16 ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, kira-kira 100 anggota keselamatan mempergiatkan usaha menjejaki suspek.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
Seorang renjer maut manakala dua lagi cedera dalam satu insiden berbalas tembakan di Rangae, Narathiwat, selatan Thailand, pada Isnin. -Gambar hiasan/Bernama
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Banjir di wilayah selatan Thailand menunjukkan tanda-tanda pemulihan
Keadaan di kawasan banjir di selatan Thailand menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila air mula surut di Narathiwat, Yala dan Pattani.
Polis Thailand mohon bantuan PDRM kesan pemilik gudang mercun
Polis Thailand memohon bantuan PDRM untuk mengesan dua pemilik gudang penyimpanan mercun dan bunga api yang meletup dalam satu kejadian di Mundok, Sungai Kolok, Narathiwat.
Rumah penduduk Bukit Lata turut rosak akibat letupan gudang mercun di Narathiwat
Letupan sebuah stor penyimpanan mercun di Pekan Mundok, Thailand, semalam turut menyebabkan rumah penduduk di Kampung Bukit Lata, Rantau Panjang.
Tiada rakyat Malaysia terlibat kejadian letupan gudang mercun di Narathiwat
Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia setakat ini dilaporkan terlibat dalam insiden letupan gudang mercun di Narathiwat.
Letupan gudang mercun, sekurang-kurangnya 10 maut, 110 cedera di Narathiwat
Sekurang-kurangnya 10 maut manakala 110 cedera dalam kejadian letupan di gudang mercun dan piroteknik di Narathiwat, Thailand pada petang Sabtu.
Anggota polis maut dalam serangan bom di Narathiwat
Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi cedera parah dalam insiden letupan bom di daerah Waeng di Narathiwat pada Khamis.
Polis Thailand tahan lima lelaki tempatan terlibat kes bunuh di Narathiwat
Polis menemui tiga mayat lelaki dengan beberapa kesan tembakan dalam but kereta yang ditemui dalam tasik pada 21 Februari lepas.
Selatan Thailand: Tiga pemberontak maut, insiden berbalas tembakan
Pihak berkuasa turut merampas tiga M16 dalam simpanan mereka.
Tiga anggota militan maut insiden berbalas tembakan di Narathiwat
Pasukan keselamatan turut merampas senjata dan alat-alat perkhemahan milik kumpulan itu.
Lebih 200,000 isi rumah terjejas akibat banjir di selatan Thailand
Keadaan banjir di sembilan wilayah di selatan Thailand bertambah buruk apabila jumlah isi rumah terjejas meningkat kepada lebih 200,000, dengan tujuh kematian dilaporkan.