PATTANI:Seorang anggota renjer maut dan lima lagi cedera dalam insiden tembak dan letupan bom di Daerah Sai Buri, Pattani pada Jumaat.
Dalam insiden pertama, kira-kira 7.50 pagi (waktu tempatan), seorang anggota renjer dan seorang sukarelawan keselamatan cedera.
Ketua Polis Daerah Sai Buri Kol Pol Mana Dechawarit berkata sekumpulan individu bersenjata melepaskan tembakan secara rambang ke arah anggota sukarelawan keselamatan dan renjer yang sedang membuat rondaan di Kg Thungmai, Sai Buri.
Beliau berkata kedua-dua mangsa yang cedera digegaskan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Dalam insiden kedua, kira-kira dua jam kemudian, beliau berkata sebutir bom buatan sendiri meletup ketika pasukan keselamatan membuat pemeriksaan di tempat kejadian insiden pertama.
"Bom tersebut dipercayai meletup apabila seorang anggota renjer terpijak bom itu.
"Anggota renjer tersebut meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 09 2020
Seorang anggota renjer maut dan lima lagi cedera dalam insiden tembak dan letupan bom di Daerah Sai Buri, Pattani. -Gambar hiasan
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Renjer maut, lima cedera dalam serangan, letupan bom
Sekumpulan individu bersenjata melepaskan tembakan secara rambang ke arah anggota sukarelawan keselamatan dan renjer yang sedang membuat rondaan di Kg Thungmai, Sai Buri.