KUALA LUMPUR: Resolusi gencatan senjata di Gaza yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) wajar diraikan dengan penuh rasa kesyukuran oleh umat Islam dan masyarakat global.
Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Hafidzi Mohd Noor
berpandangan, setelah hampir enam bulan pembantaian rejim Zionis Israel terhadap penduduk Gaza dan sekatan bantuan kemanusiaan, akhirnya wujud sinar harapan untuk memulihkan semula keadaan yang semakin membarah di Gaza.
"Setelah hampir enam bulan, kita wajar bersyukur dan meraikan keputusan yang dicapai oleh Majlis Keselamatan(PBB) iaitu resolusi supaya gencatan senjata dikuatkuasakan serta merta dengan sokongan 13 menyokong dan satu berkecuali," katanya katanya ketika ditemu bual dalam program Buletin AWANI pada Selasa.
Selain itu, beliau berkata, gencatan yang dialu-alukan ini turut hadir dengan harapan agar Amerika Syarikat (AS) dan Israel tidak bercabang lidah dalam membuat sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh menjejaskan usaha gencatan senjata berkenaan.
"Maka gencatan senjata ini adalah suatu yang sangat kita alukan dan kita berharap Amerika dan Israel tidak bermain dengan kata-kata sehingga, sehingga cuba untuk memberikan tafsiran-tafsiran yang berbeza dalam sehari dua ini, kita perlu mengikuti rapat apa perkembangan seterusnya yang berlaku.
"Kita juga nak menyatakan rasa kecewa kita sebab Israel dan Amerika masih lagi bermain-main dengan sikap mereka dalam melengah-lengahkan apatah lagi sejak beberapa minggu atau hari yang lepas, Hospital Shifa sekali lagi diserang, beberapa orang doktor dibunuh, dan kita melihat kekejaman berterusan," ujarnya.
Hafidzi juga mengingatkan masyarakat dunia seharusnya sudah mengenali kebiadaban dan kedegilan Israel.
Dalam masa sama, beliau memberi contoh ketika Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mendakwa negara tanah haram itu melakukan genosid, Israel diberikan tempoh selama sebulan untuk menghentikan tindakan terkutuk itu.
Namun, sebaliknya, Israel mengambil kesempatan ke atas tempoh sebulan itu dengan meneruskan serangan dan melanggar segala terma dan syarat yang ditetapkan oleh ICJ.
Fahmi Izuddin
Tue Mar 26 2024
Resolusi gencatan senjata di Gaza yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) wajar diraikan dengan penuh rasa kesyukuran oleh umat Islam dan masyarakat global. - Gambar fail REUTERS
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
PM Anwar ucap tahniah kepada Ireland, Norway, Sepanyol kerana iktiraf Palestin
Ketiga-tiga negara itu memilih untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan, kata PM.
12 rakyat Palestin maut, 30 cedera dibedil bom tentera Israel
Sebahagian besar yang terbunuh merupakan kaum wanita, banyak mayat yang hangus sementara 30 mangsa lain cedera.
Mahmoud Abbas hubungi PM Norway, zahir penghargaan iktiraf Palestin
Presiden berterima kasih kepada Perdana Menteri Norway atas pendirian berani dan berprinsip negaranya dalam mengiktiraf negara Palestin.
Duta Norway, Sepanyol, Ireland dimarahi Israel kerana iktiraf Palestin
Keputusan tiga negara itu iktiraf Palestin dianggap sebagai ganjaran kepada Hamas, kata Kementerian Luar Israel.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."