awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!

Gempak
Gempak
18/05/2024
00:45 MYT
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura tampil menjelaskan dakwaan dirinya tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah seperti potongan video yang tular di media sosial sejak Selasa lalu.
PENYANYI Ning Baizura tampil menjelaskan dakwaan dirinya tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah seperti potongan video yang tular di media sosial sejak Selasa lalu.
Jelas Ning, pertanyaan 'who's that' itu tidak ditujukan kepada Rafah dan situasi ketika siaran langsung itu berlaku dalam konteks yang disalah tafsir oleh segelintir pihak.
"Sesi live itu adalah Ning Oke Session iaitu sesi karaoke saya bersama peminat. Ia sesi satu malam yang saya dedikasikan untuk menghiburkan dan mendekati peminat-peminat saya.
"Ketika permintaan dibuat, saya membaca komen-komen mereka dan saya bertanyakan kepada mereka kenapa nama mereka susah disebut dan ada tak nama yang senang sikit untuk dipanggil.
"Ketika itulah muncul komen itu (All Eyes on Rafah) dan saya tanya siapa dan ia terkeluar daripada mulut saya secara tiba-tiba kerana pada waktu itu keadaan agak kelam kabut kerana saya kena buat muzik karaoke.
"Saya yang bertindak sendiri sebagai moderator, pasang lampu dan macam-macam lagi," jelasnya dalam video yang dimuatnaik di Instagram pada Jumaat.
Ning turut menasihati orang ramai agar tidak semberono menuduhnya mempersendakan situasi yang sedang berlaku dan menonton semula rakaman siaran langsung terbabit.
"Kalau anda semua ada peluang tontonlah video itu, ia masih ada di IG saya. Saya tidak mempersendakan tentang situasi atau tempat.
"Saya tidak tanya apa itu (what’s that), saya kata siapa itu (who’s that) yang merujuk kepada nama-nama orang apabila membuat live," tegasnya.
Tak berniat sakiti hati sesiapa
Melanjutkan bicara, tambah Ning, video terbabit tular apabila ada segelintir pihak yang tidak mengetahui konteks dan situasi sebenarnya ketika sesi siaran langsung itu.
"Mudah bagi orang untuk sunting dan potong dan menampakkkan ia jadi seperti apa yang sedang tular sekarang ini.
"Terus-terang, saya tidak berniat menyakiti hati sesiapa. Saya tahu apa yang sedang berlaku di Palestin dan saya juga banyak melakukan sumbangan untuk mereka di sana.
"Tapi, bila kita buat benda-benda amal ini, kita tidak perlulah uar-uarkan sangat perkara inikan. Benda ni datang dalam hati kita,” katanya yang aktif melakukan sumbangan untuk Gaza dan kerap melibatkan diri dalam kerja-kerja amal bersama beberapa pereka fesyen tempatan. - Gempak
Topic Berkaitan
#All Eyes On Rafah
#Ning Baizura
#Ning Baizura dikecam
#Perang Palestin-Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan